Justeru, alangkah baiknya penggunaan dinar emas ini diperluaskan dengan pembayaran gaji kepada seluruh kakitangan negeri.
“Saya nak cabar kerajaan negeri, yang pertama mesti membayar gaji wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri Kelantan, bayar dalam bentuk dinar. Yang keduanya, mesti bayar gaji kakitangan kerajaan negeri, juga dengan dinar emas. Jangan pakai dalam bentuk Ringgit
Baru kita boleh buktikan bahawa dinar emas ini mata wang utama kepada kerajaan negeri Kelantan. Sekiranya di peringkat awal ini pun, kerajaan negeri masih berdolah-dalih, maka perkara ini merupakan gimik politik untuk meracuni pemikiran rakyat Kelantan bahawa pertadbiran Pas negeri Kelantan sebuah pentadbiran kerajaan negeri islam yang sebenarnya” ujarnya.
Tambahnya, Kerajaan Pas Kelantan ini sebenarnya akan guna apa sahaja yang mereka buat ada unsur-unsur keIslaman. Dinar ini bukan dibuat ada tahun 2010, dinar diwar-warkan, dilancar pada tahun 2006. Tetapi kenapa hari, nak dibangkitkan dan diwar-warkan kembali.
“Sebenarnya sejak 2006 hingga 2009, dinar ini telah gagal. Sebab dinar ini bukan mata wang tetapi di war-warkan seolah seperti mata wang. Pada saya, benda ini akan berlalu begitu sahaja dalam masa setahun, 2 tahun akan datang.
Apa yang kita lihat hari ini selepas sebulan dua berlalu, perkara ini ini hanya heboh di media-media sahaja setelah dirancang dengan begitu teliti oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Exco Kerajaan Negeri, tetapi kita boleh buat semakan secara terperinci di mana peringkat akar umbi, di kalangan peniaga, dah berapa banyak dinar emas ini digunakan sebagai mata wang dan urusniaga di negeri Kelantan,” tambahnya.
Ini merupakan satu gimik politik oleh Pas untuk mengambarkan mereka berhasrat untuk mewujudkan urusniaga secara Islam.
“Tetapi sebenarnya, Menteri Besar Kelantan telah menyebut dengan jelas, demi Dap, Pas bersedia untuk mengugurkan undang-undang ataupun pentadbiran Islam demi nak menjaga dan demi bersama demi dengan Dap.
Sebab itu di Kelantan kini, kita tak tengok lagi slogan ataupun sepanduk yang menunjukkan ‘Di Bawah Kepimpinan Ulama’ sudah tidak kedengaran lagi Pas mahu melaksanakan hukum Hudud, sudah tidak timbul lagi. Yang ada pada hari ini ‘Negeri Berkebajikan, Pas Untuk Semua’. Itu yang ada,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.


0 Komen
Post a Comment