
Seperti biasa, apabila berlaku kekecohan, Anwar Ibrahim akan menghilangkan diri. Kalau tak ke Amerika, mungkin London atau paling dekat ke Jakarta.
Pada pemilihan minggu lalu, ramai pemimpin PKR yang dikategorikan sebagai ‘Panglima Perang Anwar’ gugur dalam perebutan jawatan Ketua Cabang sehingga menyebabkan Anwar `bawa diri ke luar negara’.
Pengerusi GPMS Negeri Kedah, Zuraidi Rahim berkata, Anwar memang seorang pemimpin yang suka lari dari masalah dan bukanlah seorang yang fokus untuk menyelesaikan masalah, tidak kira masalah peribadi ataupun masalah parti.
“Itulah sikapnya, dan saya tidak hairan ketiadaannya di dalam negara kini kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan `panglima-panglima perang’nya dalam perebutan jawatan kerusi Ketua Cabang.
Beliau mungkin hilang punca, kecewa kerana orang-orang harapannya kini ditolak oleh ahli PKR sendiri, malah beberapa kawasan menyaksikan kekecohan berlaku sehingga mesyuarat tidak dapat dijalankan,” ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Kedah.
Zuraidi juga tidak menolak kemungkinan wujud usaha untuk membatalkan semua keputusan dan menanguhkan proses pemilihan PKR di seluruh negara.
Jika kemungkinan ini berlaku, individu yang ditaja Anwar pasti akan gembira kerana mereka diberi pembelaan namun kumpulan yang telah menewaskan hardcore Anwar ini pasti tidak akan berpuas hati kerana mereka merupakan pemimpin yang hakikatnya diterima ahli PKR di akar umbi.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraidi sokongan anak muda semakin pudar terhadap PKR di Kedah. Golongan ini sudah tidak berminat dengan PKR kerana perjuangan mereka yang tidak jelas dan perjuangan bersifat menjaga kepentingan individu ini.
“Kita nampak, orang muda sudah semakin matang menilai pemimpin. Golongan ini tidak cenderung kepada mana-mana parti sebaliknya mereka lebih berminat untuk bersama pemimpin yang turun padang menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online bagi mengulas kemelut parti yang pernah didokongnya satu ketika dulu.


6:00 PM
Johari Abdul di Sungai Patni, nyaris kalah. Dato' Rashid MP Merbok tarik diri dari bertanding Ketua Cabang Merbok. Konon kata Anwar suruh tarik diri nak bagi tempat kapada orang kuatnya. Cabang Merbok kena tangguh mesyuarat pulak. Manikumar buat repot Polis.
Ketua PKR yang baru di Cabang-Cabng lain di Kedah, Anwar tak kenal puuunn... kanyiaq semua.
Tu sedikit cerita Kedah. Panglima Anwar di Kedah jOHARI aBDUL SORANG JAAA..
10:12 PM
Bro, itu pun ada hati mahukan PKR bertanding di DUN Galas........haprak punya orang...
12:27 AM
Nasib johari abdul sorang...2 lagi abdul macam mana? Dah kena jual jugak ke???
12:32 AM
Nasib la teloq Johari Abdul dok ada lagi....
7:48 PM
zuraidi ni sembang ja lebih..babi oun blh terbang