DEBAT PERKARA 153: GPMS dan PERKASA Buat Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah

”Kemana kuah jika tidak ke nasi” dan ibarat “rintiknya anak kerana boreknya bapa”. Inilah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan seorang Melayu yang bernama Nurul Izzah Anwar ini, seorang insan jahil sehingga sanggup mengkhianati bangsanya sendiri.

Izzah dilihat sebagai penderhaka kepada bangsa dan agama sendiri apabila membangkitkan dan memperdebatkan secara umum Perkara 153 yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah diterima sejak 53 tahun yang lalu? Siapa dia Nurul Izah ini yang mahu mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu ini dan apa motifnya membangkitkan isu yang amat sensitif ini?

Kecewa dan kesal dengan tindakan Nurul Izzah, dua laporan polis dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Wirawati Perkasa berhubung dengan kenyatan yang disiarkan di dalam Akbar dan portal berita internet Yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa orang orang Melayu.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Zambri Mat Isa berkata, GPMS mendesak Nurul Izzah memohon maaf secara terbuka dan memperbetulkan kenyataan beliau yang nyata boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

”Kita kecewa dengan kenyataannya yang mempertikai hak keistimewaan orang-orang Melayu melalui kenyataan beliau bertajuk “Debat Agung Malaysia; Malaysia atau Malaysaja” dengan mengatakan hak keistimewaan orang Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga mempertikai hak keistimewaan orang Melayu dan membuat kenyataan yang mengelirukan orang ramai dengan menyatakan hak istimewa orang Melayu tidak terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan,”

Sehubungan dengan itu, GPMS memohon supaya pihak polis dan kerajaan tidak berkompromi dalam hal-hal keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan Negara dan mengambil tindakan tegas terhadap YB Nurul Izzah Anwar yang membuat kenyataan yang mampu menyebabkan ketidakstabilan hubungan kaum di Malaysia yang bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang seperti Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Undang-undang tersebut serta lain-lain undang-undang yang difikirkan sesuai perlu digunakan bagi membendung perlakuan yang boleh menganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan Negara.

Dalam masa yang sama, Ketua Wirawati Perkasa, Zaira Jaafar menjelaskan, tindakan Nurul Izzah jelas bercanggah dengan undang-undang yang melarang sebarang perbincangan secara terbuka mengenai Perkara 153 dan sekiranya ingkar, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

”Nurul Izzah tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian sebaliknya sebagai pemimpin masyarakat, beliau patut lebih prihatin dan sensitif dengan isu yang cuba dibangkitkannya. Perkara 153 hanya boleh dibincangkan secara tertututp setelah mendapat persetujuan dua pertiga Ahli Parlimen”.

Tambahnya, mengikut pindaan Perkara 153 yang dibuat selepas 13 Mei 1969, seseorang dilarang membuat sebarang perbincangan dan perdebatan berhubung Perkara 153 termasuk di Dewan Rakyat.

”Ini jelas menunjukkan Nurul Izzah tidak layak menjadi wakil rakyat yang sewajarnya memperjuangkan hak rakyat kerana tindakannya ini jelas beliau tidak matang dan membuktikan bahawa beliau tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan”.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Izzah Bodoh
    8:41 PM

    Dasar BETINA Sundal

  2. Anonymous
    11:24 AM

    BAGITAU KAT BETINA TU, DIA HIDUP SENANG HARI NI PUN SEBAB ADA DASAR-DASAR HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU.KALAU BENDA NI TAK DAK TAH PUN DAH MEREMPAT.BODO PUNYA ORANG. PERTIKAI HAK BANGSA SENDIRI.

Post a Comment