Saya MOHD FAIZAL MOHD SALLEH, membuat laporan polis terhadap kewujudan sebuah laman sosial (Facebook) yang menggunakan nama ’Melayu Babi’.
Saudara Syed Anuar Syed Mohamad, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu SeMalaysia (GAGASAN) dan Saudara Arman Adha (Ketua Wira PERKASA turut sama mengiringi saya dalam laporan tersebut.
Saya kecewa dengan kewujudan FB tersebut yang nyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu khususnya di kala kita baru sahaja menyambut ulangtahun kemerdekaam kita yang ke-53 tahun.
Kenyataan-kenyataan di dalam FB ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan memecah-belahkan keharmonian kaum di Negara ini serta berbaur hasutan.
Undang-undang Negara ini seperti Akta Hasutan telah dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puashati rakyat dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum seperti diperuntukkan undang-undang adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah.
Kewujudan FB ’Melayu Babi’ ini boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan telah dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputra sebagaimana peruntukkan Artikel 153.
Laman-laman FB dam kenyataan tidak bertanggungjawab dalam FB tersebut kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di Negara ini.
Sehubungan dengan itu, saya mohon agar pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) agar mengambil tegas terhadap pengendali laman FB ’Melayu Babi’ ini bagi meredakan dan mengelakkan ketegangan kaum dan agama di negara kita.
Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputra khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembangan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.


0 Komen
Post a Comment