Jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan di hantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan kepada ahli-ahli parti yang bertindak berlagak seperti samseng bagi menghalangnya daripada membuat sidang media selepas membuat dua laporan polis di IPD Klang, ujar bekas Setiausaha Sulit Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman.
”Mengapa perlu ada ganguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah digangu?
Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walaubagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikirim kepada media melalui email pagi tadi.
Dalam masa yang sama, beliau kecewa dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli. Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.
”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.
Baik atau buruk Perdana Menteri, kita tidak boleh menuduh apa yang dia tidak lakukan. Kita tidak boleh menuduh seorang yang baik seperti Imam contohnya melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, begitu juga kalau seorang pencuri, walaupun dia pencuri, tetapi dia tidak merogol, maka kita tidak boleh menuduh dia merogol,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau mengaku mengambil masa yang lama untuk membuat laporan . Beliau mengambil masa yang lama untuk memikirkan perkara ini memadangkan keadaan huru-hara dan ancaman yang diterimanya dari pelbagai pihak.
Dalam masa yang sama, apabila saya diberitahu Latheefa Kooya pada beberapa bulan lalu bahawa akuan bersumpah sebelum ini telah hilang dan dia meminta saya untuk saya menandatangani akuan sumpah yang baru. Maka saya mengambil peluang ini untuk tidak mengulangi perkara dahulu,” ujarnya.


0 Komen
Post a Comment