Saya Tidak Silap Terhadap Anwar – Dr Mahathir

Pertuduhan baru terhadap kes liwat Anwar Ibrahim membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini bukanlah suatu konspirasi untuk menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika benar apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar sebagai konspirasi untuk menjatuhkannya, mengapa terdapat masih terdapat lagi dakwaan dan pendedahan terhadap salah laku Anwar oleh orang lain.

“Tidak semesti apa saya buat selalu betul, kadangkala saya buat kesilapan tetapi bagi kes Anwar Ibrahim, tindakan saya betul (disambut dengan tepukan gemuruh)

“Saya sudah lama tidak menjadi Perdana Menteri tetap kerajaan itu mengambil keputusan untuk memperbetulkan keputusan saya, tetapi kerajaan itu juga mengenakan dakwaan sama seperti apa yang saya lakukan.

“Mereka kata apa yang berlaku itu adalah suatu konspirasi terhadap sesiapa yang menentang saya tetapi ini bukanlah kepada konspirasi tapi ia adalah suatu kebenaran,” katanya menjawab soalan peserta Forum Antarabangsa UMNO selepas menyampaikan ucaptama.

Menurutnya, apa yang diajukan oleh peserta berhubung kes berkenaan bukanlah perkara baru, malah acap kali diajukan oleh sama ada pemberita dan peserta forum atau seminar yang dihadiri di dalam atau luar negara.

Berhubung tuduhan mengatakan kerajaan ketika kepimpinan beliau mencampuri urusan pihak berkuasa dan mahkamah, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan berhubung kes berkenaan.

“Jika polis membuat keputusan tentu orang boleh mempertikaikannya tetapi dengan memperkatakan kerajaan memanipulasi pihak polis, tetapi saya ingin mengingatkan bahawa jika membabitkan kebenaran, kita perlu mempunyai keyakinan,” katanya.

Beliau berkata untuk membuat manipulasi dalam apa-apa pertuduhan bukanlah membabitkan suatu kelompok yang kecil tetapi membabitkan ramai orang dan untuk melakukannya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau tidak pernah bertemu dengan pihak kehakiman secara peribadi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak terutama membabitkan kes Anwar Ibrahim. -Nasri/MediaUMNO.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Tak ada cacat celanya undang-undang di Malaysia ini kerana itu Anuar masih menggunakan saluran undang-undang dalam kes-kes beliau dengan harapan peguam di pihak lagi satu melakukan kesilapan.

    Contoh mudah apabila FELDA tewas hanya peguamnya tidak hadir.

    Merujuk kepada kes Liwat Anuar:
    1. Kes Liwat 1 berdasarkan keterangan dan aduan Umi Hafilda yang merasa bertanggungjawab terhadap nama baik keluarganya.
    2. Kes Liwat 2 berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Saiful

    Berdasarkan kedua-dua kes tersebut maka adalah menjadi tanggungjawab pihak berkenaan membuat penyiasatan untuk berlaku adil kerana yang menuduh dan dituduh adalah rakyat Malaysia.

    Tun sebagai seorang presiden Parti bertanggungjawab membuat keputusan demi menyelamatkan maruah Parti. Kerana itu beliau menyuruh Anuar meletakan jawatan dan menyelesaikan kes beliau dahulu tetapi beliau enggan.

    Sebagai PM pula Tun bertanggungjawab terhadap nama baik Negara. Sekiranya Anuar tidak dipecat maka bukan Anuar sahaja yang akan didakwa di mahkamah tetapi Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan akan disebut bukan BEKAS TPM.

    Sehingga hari ini aku tetap mengatakan tindakan TUN adalah betul berdasarkan kapasiti beliau ketika itu.

    Dalam kes liwat 2 pula ianya berdasarkan lapuran polis oleh Saiful. Ini menjadi kes tersebut lebih peribadi kerana bergolak di antara dua individu. Apa yang perlu dilakukan ialah pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa yang dituduh bersalah dan pihak yang dituduh pula perlu membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Straight Foward).

    Kedua-dua kes tersebut dibicarakan dimahkamah terbuka dan setiap orang boleh mengikutinya. Harap jangan dengar cerita dari mulut ke mulut tetapi ikuti perbicaraan tersebut atau ikuti lapurannya diakhbar-akhbar. Bukannya komentar dari mereka yang merasakan diri mereka lebih pandai dari hakim. Sekiranya teks yang tercetak di dalam akhbar itu tidak betul maka ada pihak yang boleh mempertikaikannya kerana membuat lapuran palsu. Saman sajalah.

    Betul tak SG?

    Aku Yang Bingai
    Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?

Post a Comment