Bersemuka Dengan Pengundi Pendekatan Terbaik Memikat Pengundi Galas- Ab Aziz

Pendekatan kempen secara bersemuka dengan pengundi dan turun rumah ke rumah untuk mengetahui apakah masalah yang masyarakat Galas hadapi merupakan pendekatan terbaik yang digunakan untuk memikat pengundi di Galas bagi mengundi BN, ujar calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Ab Aziz Yusoff.

Tambahnya, dengan cara begini kita lebih rapat dan mereka tidak merasa segan untuk berbincang apa sahaja yang mereka perlukan. Dari situ juga, kita mengetahui masalah yang membelenggu mereka. Kebanyakan penduduk yang ditemui menyambut baik kunjungan kami dan mereka juga memberikan reaksi positif.

“Secara kesimpulannya sepanjang enam hari berkempen antara masalah utama penduduk di sini ialah berhubung isu pemilikan tanah yang menyebabkan mereka menghadapi masalah setinggan disebabkan ketiadaan penempatan baru.

Keadaan ini menyebabkan sebuah rumah didiami oleh beberapa keluarga ini kerana isu terbabit yang berlarutan dan pelbagai janji diberikan oleh pembangkang bagi membantu rakyat Gua Musang.

Pembangunan di kawasan ini terhad kerana tanah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, bagaimanapun saya berjanji untuk menyelesaikan jika dipilih sebagai wakil rakyat,” ujar Aziz yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang.

Dalam masa yang sama, Aziz peluang pekerjaan yang terlalu kecil juga memberikan satu tekanan bagi penduduk. Kegagalan kerajaan negeri di bawah Pas menyebabkan ramai penduduk di sini terpaksa keluar mencari peluang pekerjaan di luar.

“Saya yakin sekiranya di pilih saya akan mengatasi masalah ini memandangkan saya sudah lama bersama penduduk di sini. Pengalaman memegang beberapa jawatan di dalam NGO memberikan kelebihan kepada saya untuk mengatasi masalah ini.

Jika dipilih, saya beri khidmat yang terbaik dan jadi wakil rakyat untuk semua kaum sama ada Orang Asli, Cina dan sebagainya, ini kerana di Galas kita mempunyai pelbagai kaum dan ini melambangkan konsep 1 Malaysia.

Dari segi pembangunan pula, seperti yang rakyat sedia tahu BN sememangnya telah banyak membawa perubahan kepada rakyat di sini. BN juga mempunyai perancangan sendiri. Saya berjanji akan membawa setiap pemasalahan yang dialami penduduk kepada pihak atasan supaya ia dapat diatasi,” ujarnya ditemui selepas meraikan kepulangan wira-wira bolasepak pasukan Kelantan di Dataran Kesedar.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment