Mungkinkah Catatan Terakhir Sahabat-Gunung

Assalammualaikum ..... 14 tahun bergiat aktif dalam politik ini banyak mengajar aku erti susah dan senang, erti sebuah kesabaran, erti di balun, disanjung dan dihina.... bukanlah sebagai orang besar politik, tetapi minat yang amat sangat pada politik ini.

Bermula minat sepenuhnya dengan politik ketika Anwar Ibrahim dibuang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Walaupun sebelum itu aku dah bergiat dan bermain-main dengan politik ini, ketika bersama BACHBENCH (Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia) di bawah YB Ruhanie Ahmad (Dulu Ahli Parlimen Parit Sulong) ... namun ketika itu, aku hanya rasa macam bekerja semata-mata....

Namun semuanya bermula bila Anwar menjadi mangsa (dulu aku berpandangan Anwar adalah mangsa politik), namun pandanganku terhadap Anwar tidak lama .....

Selepas PRU 1999, aku mulai sedar siapa Anwar sebenarnya .... Terima kasih juga buat Dzulkafli Haji Mohd Sharif (Angah) Man Gunung dan Nardin Awang ... Mereka ini hanyalah penggerak GPMS, namun mereka mempunyai semangat UMNO yang cukup kuat, semangat nasionalisme yang cukup hebat, walaupun mereka bukanlah seorang yang berjawatan besar dalam UMNO ketika itu ..... menyedarkan aku bahawa perjuangan UMNO jelas untuk agama, bangsa dan negara.

Tidak pada perjuangan Anwar Ibrahim, hanya berlakon dan bersandiwara kononnya dia menjadi mangsa (tetapi sebenarnya pemangsa), yang semata-mata mengejar kemewahan dan pangkat, jelas sekali tak sabar-sabar menjadi Perdana Mentteri dan Presiden UMNO pada ketika itu.

Itu hanyalah sebagai permulaan minatku pada politik. Jelas, peristiwa 1998 banyak mengubah pemikiran politikku ketika itu hinggalah pada hari ini... namun, sampai bila.

Apa yang aku nak jelaskan di sini adalah kerana `blog Sahabat-Gunung'. Bermula 2006 kalau tak silap aku, aku mula berkecimpung dalam penulisan blog ini pula...Ketika itu aku hanya main-main dan seronok-seronok, orang buat aku pun rasa macam nak buat. Pada mulanya, aku buat blog www.sahabatgunung9506.blogspot.com hingga Jalil Backer pernah cakap bahawa nama blog aku tak komersil dan panjang sangat.

Yea, aku akui blog aku tak komersil dan panjang. Namun belajar terus belajar, tambah sikit-sikit dan buat pembaharuan di blog aku, sehinggalah aku bertukar ke www.sahabat-gunung.com ..... dari wajah kemuraman di blog aku sehinggalah seorang sahabat `deen designer' mengubah wajah lagi blog aku seperti yang kalian nampak hari ni.....

Dari blog yang takde orang tengok, hingga kini alhamdulillah, dah ada oranag yang menjenguk.... Aku buat blog ini sebab aku suka-suka, bukannya sebab ada agenda peribadi, selainkan melawan blog-blog pro-pembangkang yang cukup hebat satu ketika dulu.

Ketika aku buat blog nie, aku rasa berapa kerat sahaja blog yang pro-UMNO atau pro-BN. Sehinggalah kini, semakin ramai yang mula sedar perjuangan Pakatan Rakyat, dulu Barisan Alternatif ..... hanyalah perjuangan kerana pangkat dan kemewahan hingga Pas sanggup menjilat dan membontoti perjuangan DAP yang cukup hina bagiku.....

Berbalik pada blog aku, ia hanyalah blog peribadi aku...takde kena-mengena dengan orang lain.

Kini, aku mula terfikir untuk berehat dan merehatkan sahaja blog 'Sahabat-Gunung' ini. Kini aku rasa, masa untuk membina karier dan masa depan aku. Cukuplah untuk aku ikhlas dan jujur dan perjuangan, hingga masa depan sendiri terumbang-ambing.

Jika aku harus meninggalkan penulisan nie, ke mana harus aku bawa perjuangan ini, atau ku kuburkan sahaja perjuangan ikhlas nie ......

Mungkinkah, ...... perjuanganku sudah di akhir garisan.


Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Sahabatku, tidak semua orang berkebolehan untuk merakam dan menulis apa yang berlaku disekelililng kita.

    Semoga saudara diberi kekuatan untuk terus mencatat dan menulis di dalan bolg ini.

    www.sintokian.blogspot.com.my

Post a Comment