Pemuda Mangsa Kemalangan Dapat Perhatian Pemuda UMNO



SIMPATI...Muhd Khairun melihat keadaan Mohd Hisham yang terlantar
di rumah mentuanya - Pic Meor Azlan
Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melawat mangsa kemalangan, Mohd Hisham Abdul Rahman, 34 yang juga merupakan seorang aktivisis Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang di rumahnya di Taman Tasek Tambahan, Ampang.

Lawatan ini diketuai pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Ampang, Safarizul Mustafa.

“Selepas lebih sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dia dibawa pulang ke rumah kerana atas nasihat doktor dan keadaannya kekal sehingga hari ini.

Pihak Biro akan menyemak status Mohd Hisham dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sama ada dia layak menerima apa-apa bantuan berkaitan dalam bentuk jangka pendek mahu pun jangka panjang.

“Kita bersimpati dengan nasib menimpa Hisham yang sebelum ini aktif membantu apa juga aktiviti Pemuda Ampang. Tambahan pula dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Biro akan berbincang dengan beberapa pihak bagi mencari jalan mengurangkan beban ditanggung keluarga ini,” katanya selepas melwat Hiham di rumahnya hari ini di sini.

Dalam masa yang sama, Safarizul berkata Pemuda Ampang merakam ucapan  terima kasih kepada Biro Aduan kerana prihatin dengan masalah ahli pemuda di dalam bahagian Ampang.


“Kita akan bagi bantuan sewajarnya kepada mohd hisham kerana mengenangkan jasanya kepada ahli pemuda selama ini,” ujarnya.

Menuut Ali Din, bapa mentua Hisham, kejadian malang itu berlaku ketika Mohd Hisham Abdul Rahman, 34 dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya sebelum dilanggar sebuah kenderaan berhampiran Taman Dagang dekat sini menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu kemudiannya mendapati Mohd Hisham tidak sedarkan diri sehingga ada yang menutup badannya dengan akhbar kerana disangkakan sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun katanya, dia disahkan masih bernyawa selepas seorang lelaki berbangsa Arab memeriksa denyut nadinya sebelum meminta bantuan orang ramai untuk menghantarnya ke Hospital Ampang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

60 Komen

Post a Comment