Rakyat Tahu Nilai Buku ‘JingGay’ Hanya Khayalan Pembangkang

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kempen buku jingga yang dijaja pakatan pembangkang tidak diterima rakyat seperti mana yang terbukti pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Merlimau dan Kerdau baru-baru ini kerana ia hanyalah satu khayalan dan mimpi semata-mata.

Tegasnya rakyat menolak buku jingga itu kerana mereka sudah melihat kegagalan pembangkang menunaikan janji yang telah dibuat pada pilihanraya umum lalu.

“Janji mereka sejak PRU 2008 masih tidak terlaksana, inikan pula janji di dalam buku yang saya anggap sebagai khayalan semata-mata.

“Buku jingga ini adalah satu lagi usaha kerajaan pembangkang untuk mengelirukan rakyat di empat buah negeri di bawah pentadbiran mereka. Saya panggil buku ini sebagai buku ‘jingGay’.

“Jangan percayalah… buku jingGay itu. Tiada fakta. Hanya omong kosong. Dengar memang sedap tapi mampukah mereka laksanakan. Dari mana mereka hendak mencari sumber kewangan untuk melaksanakan apa yang mereka cetak di dalam buku tersebut”, katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) & Kongres India Muslim Malaysia untuk pelancaran 2000 Tabung Sinar Kasih Ramadhan di Hotel Seri Pasific, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut memetik antara janji yang dalam buku jinGay itu adalah pemberian tanah Felda Plantation kepada anak peneroka.

“Semua ini mengarut dan tidak logik. Mereka ini tidak berpijak di bumi nyata.

“Kenapa saya bercakap demikian. Kalau kita bagi 330 ribu hektar tanah yang ada kepada anak cucu peneroka yang seramai 1.6 juta orang, seorang akan dapat seekar. Siapa yang nak bayar gaji pekerja Felda selepas itu kerana sumber kewangan datang daripada tanah-tanah inilah.

“Masa ini barulah Felda akan bankrap dan 63 ribu orang pekerja Felda terpaksa kita berhentikan. Kerajaan tak bagi Felda duit sebab kerajaan dah bagi kita tanah. Pembangkang tidak pernah fikir kesan dari apa yang mereka janjikan”, ujarnya..

Oleh kerana itu tegas beliau lagi buku jingGay ini hanyalah khayalan janji fatamorgana yang tidak mungkin dijadikan kenyataan. -MediaUMNO


Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment