
Hari nie, satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Rictter menggegar pantai timur Jepun hari ini, hingga akibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Wira-wiranya seperti Ultraman, Gaban, Suria Perkasa Hitam, Cyber Cop pun gagal dan tak mampu menyelamatkan Jepun dari gempa bumi dan tsunami tersebut ..... Ini kerana tugas mereka hanya melawan raksasa dan yang seangkatan dengannya.....
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Apapun, kita berharap tiada kemalangan jiwa di sana...Aku ada 2 orang kawan di sana...... Dzulkafli dan Zar .... Korang okey tak bro?


0 Komen
Post a Comment