Anwar Ibrahim Sudah Hilang Krebiliti Sebagai Pemimpin

Anwar Ibrahim Sudah Hilang Krebiliti Sebagai Pemimpin

Beberapa bekas anggota PKR berpendapat bahawa parti yang pernah dianggotai mereka suatu masa dulu kini sudah semakin lemah, bercelaru dan tidak lagi relevan untuk politik tanah air, lantaran parti itu hanya menjadi pentas bagi Anwar dan bukannnya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Mereka juga berpendapat kelemahan parti itu berpunca daripada urus tadbir yang bercelaru selain isu-isu yang membabitkan beberapa pemimpin parti berkenaan.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Anwar, berkata PKR adalah sebuah parti yang tanpa jentera sehingga memerlukan sokongan DAP untuk bergerak di Sarawak.

"Sebab itu PKR ini terpaksa bergantung penuh kepada DAP dan PAS. Kita juga dapat lihat, dalam banyak hal, PKR terpaksa bertolak ansur dengan sekutunya kerana PKR sendiri tidak kuat. PKR ini ikonnya ialah Anwar Ibrahim, yang diharapkan oleh DAP dan PAS untuk merealisasikan agenda mereka sendiri. PAS mengharapkan Anwar akan membawa imej Islam manakala DAP pula mengharapkan Anwar akan membawa agenda negara sekular,”.

Anuar, yang meninggalkan PKR pada 27 Mac 2007, berkata PKR sangat lemah dalam pentadbiran negeri Selangor sehingga terpaksa bertenggek di atas peninggalan kejayaan dan kemajuan Selangor di bawah Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan sebarang pembaharuan.

Dengan pelbagai masalah yang melanda parti itu dan juga pemimpinnya satu demi satu, beliau berkata adalah tidak wajar bagi penduduk Sarawak untuk menggantungkan nasib dan masa depan anak cucu mereka kepada PKR mahupun Anwar atau DAP.

"Dalam konteks pilihan raya di Sarawak, Anwar adalah liabiliti kepada pakatan pembangkang untuk cuba menang. Tapi atas dasar kepentingan politik, masing-masing terpaksa saling mempergunakan satu sama lain walaupun di lubuk hati, mereka dah tak percayakan Anwar," katanya.

Buktinya, kata Anuar, ialah Pengerusi DAP Karpal Singh, pada 1997 pernah mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti salah laku seks Anwar tetapi kini telah menjadi peguam bela Anwar.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment