Loji Langat 2: Pembangkang Risau Kerajaan Dapat Nama


Tindakan Kerajaan PKR Selangor menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 menunjukkan pembangkang bimbang Kerajaan Pusat akan mendapat nama membela kepentingan rakyat jika projek itu berjaya dilaksanakan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembangkang menggunakan pelbagai alasan untuk memastikan projek itu tidak dapat diteruskan, termasuk mendakwa kononnya ia bertujuan menguntungkan krom Barisan Nasional (BN).
“Tapi sekarang kita buat tender terbuka. Pembangkang politikkan saja sebab nampak BN betul-betul berjiwa rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis jamuan hari raya anjuran Agrobank, di sini semalam.

Akhbar kelrnarin melaporkan Kerajaan PKR Selangor tetap berdegil dan tidak bersetuju pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 apabila enggan mengeluarkan surat kebenaran pembangunan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, turut memberi peringatan kepada syarikat yang berhasrat membida projek itu supaya meneliti kesan undang-undang jika ia diteruskan.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, negara tidak akan maju sekiranya mengikut gelagat pembangkang yang sentiasa membantah projek dijalankan kerajaan untuk kepentingan rakyat.

“Kerajaan BN memandang jauh 10 tahun akan datang, dia (pembangkang) tengok 10 minit akan datang saja, Peguam Negara dilaporkan membuat kenyataan dan segi undang-undang, kita boleh buat (pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2),” katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

119 Komen

Post a Comment