
Politik Anak Beranak Yang Mewarnai Kepimpinan PKR
Kuala Lumpur, 13 April- Kenapa pihak-pihak pembangkang ini sibuk sangat mempertikai usia kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud yang telah menerajui Sarawak dengan jayanya, tetapi dalam masa yang sama mereka terlupa mencerminkan diri mereka sendiri tentang usia perjuangan politik mereka, sesuai dengan perumpamaan ini, ’buah semangka berdaun sireh, pandai mengata, dia yang lebih’.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, kali ini mereka mempergunakan peluang di Pilihan Raya Sarawak untuk mempertikaikan usia kepimpinan Taib Mahmud, semata-mata untuk menarik sokongan dan menagih simpati rakyat Sarawak untuk menyokong mereka dalam PRN ke-10 ini.
Sebelum ini, mereka sering mempertikai sewaktu kepimpinan mantan Perdana Menteri kita Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) menerajui Malaysia, beliau dicap dengan berbagai-bagai gelaran. Beliau dituduh sebagai orang yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan macam-macam lagi.
”Tetapi apa yang hari ini di kalangan Parti Pembangkang? Dalam DAP, Lim Kit Siang ada ‘junior’ yang bernama Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden DAP pula, Karpal Sing ada Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang yang salin tak tumpah macam bapanya juga.
Apa yang paling klasik ialah apa yang berlaku di dalam PKR. Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim disokong kuat oleh isteri yang juga Presiden PKR dan anak sulungnya Nurul Izzah yang kini merupakan Naib Presiden PKR. Mereka bukan sahaja aktif berpolitik tetapi juga menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda Ampang.
Ujarnya, pemimpin-pemimpin pembangkang ini bukan sahaja dah terlebih matang dalam politik, malah kepimpinan dan politik anak-beranak dalam kepimpinan mereka seakan-akan mahu merubah makna dan pengertian definisi nepotisme dan pengertian kronisme bila mereka berkuasa. Ia juga membuktikan betapa ‘jijiknya’ pembinaan dinasti politik yang diatur pemimpin pembangkang hari ini.
”Inilah yang menariknya politik di Malaysia, kita ada barisan pembangkang ’Parti Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Apa yang dapat kita lihat ini, pakatan pembangkang boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’.
Beginilah sikap pejuang-pejuang rakyat dalam pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil kesempatan dalam usaha untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan politik mereka sahaja. Laungan anti nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa tidak pernah lekang dari bibir mereka. Namun hari ini kita dapati baru tiga tahun lebih memerintah beberapa buah negeri, kepentingan rakyat dikesampingkan setelah mendapat sedikit kuasa. Apa akan jadi sekiranya ’Kerajaan Anak Beranak’ pakatan pembangkang ini mendapat kuasa pemerintahan negara?”,
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak jangan tertipu dan menjadi mangsa permainan politik mereka. Apa yang pasti, janji mereka akan bertindak adil dan mengamalkan konsep samarata sebenarnya permainan mulut dan janji politik sahaja.
Orang Melayu dan kaum Bumiputera akan tertinggal lebih jauh. Mereka hanya mahukan kesamarataan dalam kuasa politik namun mereka tidak sanggup untuk memberikan hak sama rata kepada kuasa ekonomi yang dimiliki mereka selama ini.


0 Komen
Post a Comment