CHARLES SANTIAGO DAKWA AHMAD SARBANI MANGSA BUNUH???

Senior customs officer linked to death plunge?



GT terbaca satu kenyataan dari FMT yang mengatakan bahawa Charles Santiago memberi tahu bahawa seorang pegawai kanan berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kematian Sarbani.

Ahli Parlimen Klang itu berkata dia mengetahui perkara ini melalui ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

Ini adalah dakwaan yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Charles wajib dipanggil memberi keterangan berikutan perkara ini bagi membantu siasatan.

Polis sudah mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh diri, namun ianya ditolak oleh rakan-rakan dan kesatuan sekerja.

GT percaya kepada laporan siasatan, namun dakwaan Charles juga wajib diambil kira oleh pihak penyiasat. Kita mahukan siasatan yang telus dan rapi dimana segala kemungkinan diambil kira.

Dan yang paling penting, kita tidak mahu terus - terusan membiarkan jerung kelaparan bermaharajalela membaham duit hasil dari memanipulasikan cukai Kastam!
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment