
Teruskan Berdoa & Solat Hajat Agar Lebih Banyak Kebenaran Akan Menjelma
Kuala Lumpur, 14 April- Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar mencadangkan kepada pihak Pas di peringkat akar umbi untuk lebih kerap mengadakan solat-solat hajat untuk menunjukkan kebenaran dan wajah sebenar politik di Malaysia.
Ketuanya, Budiman Haji Zohdi berkata, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa solat-solat hajat yang dibuat Pas telah dimakbulkan Allah dan satu persatu kebenaran muncul untuk menunjukkan wajah sebenar seorang pemimpin yang mempunyai berbagai-bagai wajah untuk mengaburi mata dan pemikiran rakyat Malaysia selama ini.
”Satu demi satu kebenaran muncul. Jika sebelum ini, video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, yang mirip wajahnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semalam, satu lagi pendedahan dan pengakuan jujur yang datang dari seseorang yang dikatakan orang kanan Anwar Ibrahim, bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak ada tanggungjawab dan peranan dalam pembunuhan yang melibatkan model Mogolia, Altantuya Sharibuu yang pernah mengemparkan dunia satu ketika dulu.
Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah mengherdik seorang wartawan wanita dan menyuruhnya bertanyakan pada Datuk Seri Najib mengenai pembunuhan Altantuya, tapi belum pun seminggu, RPK telah menjawab bagi pihak Datuk Seri Najib bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dan akuan bersumpahnya sebelum ini yang mengaitkan Najib dan isteri, dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri amat mengejutkan banyak pihak,” ujarnya mengulas pendedahan Raja Petra Kamarudin semalam.
Inilah yang dinamakan kemenangan dan kekalahan dalam menjuarai sesuatu isu bukanlah sempadan ataupun batchmark kepada kebenaran dan kesalahan. Ini kerana kemenangan mereka menjuarai isu tersebut bukanlah bermakna mereka benar sebaliknya kekalahan dalam menjuarai isu tersebut juga bukanlah bermakna kesalahan tersebut di bahu kita.
”Kau menang bukan bermakna kau benar, kau salah bukan beerti kau salah. Menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah. Yang salah tetap salah walaupun diselindungkan, yang benar tetap benar walaupun dipertikaikan.
Mereka menggunakan segala kudrat memburukkan dan menuduh Datuk Najib terlibat, tidak kira dalam ceramah-ceramah malah tuduhan tersebut juga tersebar di alam maya melalui blog-blog dan website pro pembangkang, contohnya Malaysia Today sendiri. Namun kebijaksanaan dan kesabaran Datuk Najib menangani isu tersebut serta pengakuan sumpahnya beberapa kali bahawa beliau tidak terlibat, akhirnya membuka pintu hati RPK untuk berkata tentang kebenaran, tidak seperti Anwar berdolak-dalik dan melenting bila isu melibatkan dirinya menjadi persoalan masyarakat,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Sungai Besar berharap agar pihak Pas di akar umbi khususnya di Selangor ini agar mempertimbangkan sarananan mereka agar lebih kerap mengadakan solat-solat hajat malah tidak terkecuali solat hajat perdana agar lebih banyak kebenaran dan kemungkaran akan menjelma, khususnya melibatkan pemimpin kesayangan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9:49 AM
salam kepada rakan admin..jika sudi boleh follower sebagai rakan saya di blog http://jkkkpsgkechil.blogspot.com