
Didier Drogba merupakan pemain yang hebat, malah aku cukup kagum dengan persembahan Drogba walaupun dia bukan lah pemain yang berada dalam pasukan EPL aku, Liverpool.
Setiap gerakannya, pasti membahayakan kubu lawan. Sepakan percuma, tandukannya, serta larian solonya dan tidak terkecuali tentangan ‘nasib’nya pasti akan mengegarkan gawang pasukan lawan, termasuk pasukan aku sendiri ...
Tapi itu dulu, sekarang nie nampaknya sengat dan bisa Drogba semakin kurang, seakan-akan dia dah tak gembira bersama Chelsea. Mungkinkah dia akan meninggalkan Chelsea di penghujung musim ini... Jika yaa, manakah pasukan yang bakal dia sertai selepas ini.
Jika dia keluar dari Liga Inggeris (EPL), pastinya aku akan merindui corak permainan Drogba.... sebagaimana aku kehilangan permainan Alonso (Liverpool) selepas dia blah meninggalkan Liverpool musim lepas dan Torres yang pergi berambus ke Chelsea baru-baru ini.......


0 Komen
Post a Comment