
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani atas kematian beliau beberapa hari lalu. GAPS amat bersimpati atas nasib malang yang menimpa keluarga beliau.
Pengerusinya, Hamidzun Khairunddin berkata, GAPS sangat kesal kerana siasatan pihak SPRM berakhir dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.
“Sehubungan dengan itu, GAPS menggesa pihak SPRM mempertingkatkan prosedur keselamatan dalam siasatan. Usaha memerangi gejala rasuah adalah usaha yang amat sukar. Di Hong Kong contohnya berpuluh OKT dan saksi kes rasuah membunuh diri apabila disiasat.
GAPS juga mendesak SPRM terus melaksanakan siasatan pelbagai kes Kastam seluruh negara demi memastikan setiap jabatan kerajaan di negara ini bersih dari amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, penglibatan dalang-dalang tertentu yang mengambil kesempatan dalam kes tragis pegawai KDRM ini amat dikesali. Mereka cuba menangguk di air keruh dengan menghasut dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta pembohongan.


1:03 PM
AKU BERSAMA GAPS!! SIASATAN RASUAH KDRM WAJIB DITERUSKAN SEPERTI SEPATUTNYA. APA SEBAB OKT @ SAKSI BUNUH DIRI? AHLI PSIKOLOGI BOLEH TOLONG JAWAB KEPADA YANG MASIH BINGAI. KALAU SALAH KECIL2, XDE SEBAB NAK BUNUH DIRI. KALAU XDE JARINGAN BESAR, NILAI YANG BESAR & KESALAHAN BESAR, XDE SEBAB BUNUH DIRI. SEBAB BUNUH DIRI IALAH "NO WAY OUT!!!".