Kalau Pembangkang Kata Pentadbiran Lebih Baik, Tunaikan Dulu Janji Di Selangor

Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor, (GPMS Selangor) kesal dan kecewa dengan kenyataan dari pihak pakatan pembangkang khususnya PKR ketika berkempen di Sarawak, kononnya pertadbiran mereka lebih baik berbanding kerajaan BN, ujar Ketua Penerangan GPMS Selangor, Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim.

“Pada hemat saya, saya ingin menafikan akan dak

waan mengatakan kerajaan pembangkang mentadbir lebih baik daripada BN. Pertama kita perlu menilai samada semua janji-janji pilihanraya 2008 khususnya di Selangor benar-benar ditunaikan atau tidak.

Keduanya sejak 2008, keadaan di Negeri Selangor tidak pernah stabil dan aman berikutan terlalu banyak demonstrasi jalanan yang berlaku serta banyak isu-isu yang berkaitan dengan ketidak cekapan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor.

Dalam masa yang sama, isu seperti kerugian Yayasan Selangor, penutupan IKYS, pengeluaran pasir yang tidak terkawal, institusi masjid dipolitikkan dan polemik perlantikan setiusaha kerajaan negeri Selangor wajar dinilai sebagai ketidakcekapan sistem pentadbiran kerajaan Selangor serta asas bagaimana rupa dan keadaan sistem kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

“Rakyat Sarawak sebenarnya sangat beruntung kerana kerajaan persekutuan yang diterajui oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Razak sangat prihatin dan mengambil berat melalui gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dalam seluruh aspek kehidupan rakyat Sarawak.

Dalam konteks pembangunan generasi muda pula kerajaan persekutuan sangat mengambil perhatian melalui akses dan kualiti pendidikan, meningkatkan taraf hidup generasi muda serta senantiasa mendengar suara hati generasi muda sebelum sebarang polisi dan dasar diperkenalkan, ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu rakyat Sarawak harus peka dan senantiasa membuat perbandingan dan bukan hanya mendengar segala fitnah dan janji kosong pihak pembangkang senantiasa.

Rakyat Sarawak perlu membuat pilihan yang tepat dengan memastikan nasib dan masa depan generasi muda terus terbela dan diangkat martabatnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment