
Dua kes sebelum ini harus dijadikan pengajaran... Teoh Beng Hock dan Pegawai Kastam baru-baru cukup memeritkan...
Kali ini SPRM kena harus lebih berhati-hati, khususnya kes terkini apabila Ketua Cabang Pakatan Rakyat (PKR) Rantau Panjang di Kelantan, Mohammad Agos Mohd Noor, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal bagi mendapatkan anugerah "Dato'D'Raja" daripada sebuah persatuan tahun lepas.
Mohammad Agos, 52, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa bersubahat dengan Nor Azimah Jamaludin untuk menerima satu suapan RM50,000 melalui cek Public Bank Berhad bertarikh 7 Dis 2010, sebagai dorongan untuk mendapatkan anugerah Dato' D'Raja dari Persatuan Kerabat D'Raja DYMM Long Yunus Negeri Kelantan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan, iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu seorang lelaki, Izuldin Hani Mohd Noor, dengan memperdayakan Izuldin Hani untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah Dato' D'Raja padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.
Ini kes besar gak. Melibatkan Ketua Cabang PKR Rantau Panjang, oleh itu SPRM Kelantan harus berjaga-jaga takut-takut mamat nie nanti melompat keluar, meninggal gak seperti kes-kes sebelum ini, semata-mata untuk memburukkan lagi nama SPRM.


0 Komen
Post a Comment