Dana PRU PKR: Jangan Bebankan Rakyat Untuk Bertanding PRU13

Shah Alam, 13 Jun- Belum pun memerintah negara dan baru setahun jagung mentadbir Selangor, rakyat sudah dibebankan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang khususnya PKR apabila baru-baru ini, Bendahari PKR Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew meminta wakil PKR, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Selangor diminta mendapatkan derma sekurang-kurangnya RM2 juta daripada orang ramai sebelum menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, dengan cara "kononnya memohon" ihsan rakyat biasa yang tidak berduit ini, untuk sama-sama mengeluarkan "duit poket" mereka, untuk menanggung dan menampung perbelanjaan pilihanraya wakil-wakil PKR yang nak bertanding di Selangor kelak.

“Sebab itu bangunan dan ibu pejabat PKR di Tropicana tergadai. Inilah gambaran sebenar PKR di Selangor.

Ianya satu perkara yang amat mendukacitakan di dalam sejarah politik Selangor. Belum pernah ada mana-mana ahli politik yang terang-terang merayu kepada rakyat untuk menyumbang untuk kepentingan parti. Belum pernah mana-mana orang cuba menyamun duit rakyat secara terang-terangan untuk tujuan politik semata-mata,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online mengulas tindakan bendahari PKR Selangor yang meminta wakil PKR mengutip derma untuk persediaan PRU akan datang.

Langkah ini juga dilihat mampu menyuburkan budaya rasuah di dalam PKR. Selepas ini, siapa-siapa yang nak projek dari kerajaan negeri, wajib menyumbang derma kepada PKR untuk digunakan dalam PRU akan datang.

“Inilah sebenarnya yang berlaku dalam `fund-raising’ di Amerika, dan inilah yang berlaku kepada PKR hari ini, pihak berkepentingan (Yahudi) menyumbang pada calon mereka untuk dijadikan kuda bila mereka menang nanti. Maka PKR akan terikat dengan kepentingan peribadi ini dan tidak dapat lagi berkhidmat dengan adil, kerana sibuk nak jaga hati orang yang menyumbang pada `Tabung Politik’ parti mereka.

Dengan slogan "kuasa rakyat" - rupa-rupanya rakyat juga yang akhirnya terpaksa menanggung segala perbelanjaan pilihan raya untuk PKR dan tanpa kita sedar, duit rakyat pula ingin digunakan oleh PKR dan rakan sekutu mereka untuk mempertahankan kuasa di Selangor selain berusaha menggulingkan kerajaan persekutuan dalam PRU-13 kelak,” ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment