Jika Penyewengan Berterusan- Tidak Mustahil Yayasan Selangor Tinggal Sejarah Sahaja

Kuala Lumpur, 19 Jun- Tidak mustahil jika nama Yayasan Selangor hanya akan tinggal sejarah kalau yayasan terus dibelenggui dengan pelbagai masalah termasuk seperti yang didedahkan Ketua UMNO bahagian Ampang baru-baru ini bahawa kewangan tunai lebih RM 80 juta milik Yayasan Selangor sebelum pakatan pembangkang memerintah Selangor, tetapi bagaimana sekarang ini boleh menjadi hutang dalam tempoh 3 tahun.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Serdang, Mejar (B) Abd Rahim Mohd Amin berkata, Yayasan Selangor kini sudah tidak lagi boleh dijadikan tempat bergantung harap, ini semua berpunca daripada pengurusan yang tidak betul. Tidak sampai sepenggal memerintah Selangor, banyak masalah yang timbul sehingga duit sebanyak RM80 juta boleh hilang begitu sahaja.

”Kerajaan negeri dan PKR Selangor harus berterus-terang, jangan sembunyikan ke mana duit sebanyak tu boleh hilang. Jika sebelum ini mereka tawarkan kerajaan Selangor yang bersih, telus dan berkreabiliti, apa yang dikatakan ini lebih buruk dari apa yang mereka fitnah kerajaan BN yang terdahulu.

Mana perginya Selcat? Mula-mula sahajalah Selcat berfungsi, kemudian apabila penyelewengan demi penyelewengan berlaku, Selcat terus menyepi,” ujarnya.

Tambahnya, adalah satu kerugian yang besar buat orang Melayu apabila Yayasan Selangor yang asalnya ditubuhkan adalah untuk menbantu rakyat Selangor yang berpendapatan rendah atau mempunyai masalah terutama membabitkan pendidikan. Bayangkan jika mereka hadapi masalah kewangan, bagaimana mereka hendak menjalankan aktiviti dan siapa yang rugi, sudah pasti rakyat Selangor.

“Masalah yang dihadapi Yayasan Selangor antara bukti menunjukkan kegagalan mereka (pakatan pembangkang) dalam mentadbir urus negeri sehingga menjadi yayasan berkenaan kemungkinan bankrap jika tiada tindakan segera,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment