Peluang Pekerjaaan Yang Lebih Besar Melalui ETP- Nazir Hussin

Kuala Lumpur, 17 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melihat pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dimana 9 lagi inisiatif di bawah ETP yang membabitkan pelaburan sebanyak RM 2.77 billion telah membuka peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyat di negara ini. Sebanyak 36,595 peluang pekerjaan ditawarkan dibawah inisiatif tersebut.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussein berkata, sehingga hari ini, kerajaan telah melancarkan 87 projek di bawah ETP sejak dari Oktober tahun lalu yang membuka peluang pekerjaan keseluruhan kepada 362,396 peluang pekerjaan baru.

”Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan bukan hanya untuk menjana pendapatan negara kasar (PNK) malah membantu rakyat di negara ini mendapatkan peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat khususnya kepada golongan muda yang masih belum mempunyai pekerjaan atau yang masih lagi mencari pekerjaan yang tetap,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Ujarnya, sekiranya jumlah peluang pekerjaan ini dijadikan sandaran dan berjaya diisi maka isu pengangguran di negara ini dapat diatasi dengan cukup baik. Ini kerana masalah utama golongan muda khususnya graduan serta pelajar lepasan spm adalah berkaitan dengan peluang pekerjaan.

”Saya mengharapkan, satu pemantauan dari pihak kerajaan melalui mana-mana agensi yang sedia ada atau jawatankuasa khusus dibentuk bagi mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan ini benar-benar diisi. Pemantauan juga diperlukan untuk memastikan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran seterusnya memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Kepada graduan dan pelajar-pelajar lepasan sekolah yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap diharapkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Mereka perlu senantiasa mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dengan apa cara sekalipun agar peluang yang ada dapat direbut dengan baik. Mereka juga perlu bersiapsedia bukan hanya dengan kelulusan tetapi dengan mental dan fizikal serta kebolehan kendiri yang tinggi,” ujarnya.

Ini merupakan usaha dan kebertanggungjawapan pihak kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib dalam memastikan masa depan rakyat bergerak seiring maju dengan masa depan negara.

Jangan ada lagi suara-suara dari pihak-pihak tertentu yang menimbulkan kerisauan dihati rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang tidak tepat terhadap ketidakpekaan kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kadar pengangguran dan membuka peluang pekerjaan.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment