Video Seks : Pas Sepatutnya Ikhlas Cari Kebenaran Bukan Cari Dalih

Pas tidak perlu berdolak dalik berhubung kes video seks yang dikata membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya membantu mencari kebenaran untuk menentukan siapakah pelaku atau pelakon dalam video berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, individu yang dituduh terbabit dalam video berkenaan adalah orang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara dan perkara itu bukanlah isu biasa.

“Mengapa hendak berdolak-dalik, hubung kait apa yang dirakam itu adalah perkara kedua, yang pentingnya apa sebenarnya kebenaran dalam kes ini, sama ada ia berlaklu atau tidak kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku menawarkan diri menjadi pemimpin negara bukannya orang biasa.

“Pas sepatutnya melihat kepada pengisiannya, kita tengok apa yang berlaku kepada pemimpin IMF, tengok apa yang berlaku kepada pemimpin di Turki, apa bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes itu,” katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa video berkenaan tidak boleh menjadi saksi kerana tidak mempunyai mata dan telinga.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Hadi itu menunjukkan bahawa Pas dengan sengaja cuba menutup isu berkenaan dengan memberi pelbagai alasan dari terus mendapat perhatian terutama di kalangan ahli Pas.

Sementara itu, berhubung dengan Muktamar Pas ke 57 baru-baru ini, Hishammuddin menyifatkan presiden parti itu tidak bercakap mengenai hala tuju Pas tetapi lebih kepada serangan kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

“Perkara-perkara yang dibincang sebagai usul nasional oleh Pas merupakan perkara-perkara berbau politik dan peribadi bukannya mengenai hala tuju ada perjuangan parti itu,” katanya.

Menurutnyam muktamar seperti itu seharusnya mempunyai sesuatu agenda terutama mengenai parti itu bukannya digunakan untuk memburuk-burukkan mana-mana seperti yang biasa dilakukan dalam setiap ceramah yang dianjurkan. -MediaUMNO.


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. haha...perangkap jijik permainan demokrasi dah mengena...PAS terjerumus dengan teruknya

    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

Post a Comment