Ura-ura bahawa penganjur Bersih 2.0 akan mengikut jadual asal iaitu berarak dalam tiga lokasi menuju ke Stadium Merdeka (walaupun perarakan itu dilarang) merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan kurang ajar. Difahamkan, sebagai benteng manusia, penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dari
Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata, inilah politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak parti pembangkang untuk menutup kelemahan dan kesalahannya dalam kes video seksnya dan dengan mengalihkan perhatian pemerintah dan pandangan rakyat dengan isu perhimpunan haram pula.
Matlamat perhimpunan Bersih 2.0 ini nak menghancurkan kestabilan politik negara, bila dah hancur mereka beranggapan pakatan pembangkang boleh memerintah
“Media barat akan memaparkan bahawa
Dalam isu BERSIH 2.0 yang terang-terang mempunyai taktik kotor, kami berharap agar mereka gunalah saluran yang betul untuk mencari penyelesaian. Tak guna kalau pemimpinnya, seorang bekas pengamal undang-undang menyalahgunakan istilah undang-undang untuk kepentingan peribadi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada pemberita.
Dalam masa yang sama, sebagai pemimpin, kepentingan rakyat harus diutamakan. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Keamanan negara yang telah kita kecapi, ilmu dan bantuan yang diberi oleh kerajaan jangan disalah-gunakan.
”Jangan sampai isu perkauman meruntuhkan kestabilan politik negara. Saranan kami kepada penganjur Bersih 2.0, sudah-sudahlah. Hentikan saja huru hara ini.
Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia, hormatilah prinsip-prinsip rukun negara. Kami junjung titah Tuanku YDP Agong, peliharalah keamanan Malaysia. Jangan gadaikan maruah bangsa dan negara. Hentikanlah Perhimpunan Haram!,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


0 Komen
Post a Comment