
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk S Ambiga sudah terdesak dan terlanjur menyebabkan beliau terpaksa terpaksa mengadakan perhimpunan haram Bersih walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan supaya perhimpunan itu dibatalkan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron beranggapan bahawa tindakan Ambiga untuk meneruskan perhimpunan disebabkan beliau kini bagaikan ditindik hidungnya dan terpaksa mengikut telunjuk tuannya.
“Saya pasti Ambiga telah ditindik hidungnya oleh pihak tertentu, yang ingin memusnahkan kemakmuran serta keharmonian kehidupan rakyat yang akhirnya boleh memberikan gambaran buruk terhadapa negara ini.
“Ambiga sudah terlajak dengan komitmen yang diberikan, dan ada kemungkinan atau keberangkalian juga dia ditawarkan sesuatu atau sudah menerima habuan untuk mengadakan perhimpunan menyebabkan dirinya kini sudah terikat dan tidak boleh berundur daripada apa yang dirancangkan,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa Ambiga tetap berdegil dan akan tetap mengadakan perhimpunan itu di ibu negara walaupun pihak polis tidak membenarkan atas fartor keselamatan.
Idris berkata, Ambiga dan kumpulan sudah diberikan banyak peluang untuk mengemukakan ketidak puasan hatinya bukan sahaja kepada Suruhanjaya Pilihan Raya malah pihak kerajaan namun beliau tetap berdegil untuk meneruskan hasrat dengan mengadakan demonstrasi jalanan.
“Ambiga kini cuba berdolak dalik, tujuan Bersih adalah untuk bertemu dengan SPR dan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong , dan semua itu sudah pun dilakukan olehnya termasuk bertemu dengan Tuanku, namun dia tidak menggunakan kesempatan yang diberi malah ingin meneruskan perhimpunan itu.
“Dia juga telah diberikan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, malah Menteri Besar Selangor (Tan Sti Khlalid Ibrahim) turut menawarkan stadium di Shah Alam untuk adakan perhimpunan, namun dia tetap berkeras untuk mengadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur.
“Ini jelas, Ambiga yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu mempunyai niat tidak baik dan sememangnya berniat untuk menimbulkan suatu keadaan yang boleh memberikan tanggapan buruk negara luar kepada negara kita,” katanya.
Ahli Parlimen Tangga Batu itu menegaskan, apa yang dilakukan oleh Ambiga dan kumpulannya itu adalah untuk cuba melakukan penyelewengan pemikiran untuk mengalihkan tumpuan rakyat terutama membabitkan isu Ketua Pembanghkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kebelakangan ini tumpuan hanya diberikan mengenai perhimpunan bersih sedangkan banyak berita mengenai pembangkang terutama membabitkan Anwar bagai dilupakan dan itulah antara penyelewengan pemikiran yang dilakukan oleh pihak tertentu mempergunakan Ambiga sebagai alatnya. -MediaUMNO



0 Komen
Post a Comment