Tindakan Wakil Rakyat Pembangkang Selangor Terlibat Bersih Tidak Hormat Sultan Selangor – Pemuda UMNO Selangor

Shah Alam, 13 Julai- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen dari Selangor yang menyertai perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, hari ini sudah jelas terpancar akan nafsu serakah politik di kalangan ADUN dan Ahli Parlimen pakatan pembangkang yang terang terangan tanpa rasa bersalah mengengkari titah DYMM Sultan Selangor yang menitahkan agar tiada dikalangan pemimpin negeri yang terlibat di dalam perhimpunan haram tempoh hari.


”Akan tetapi kerana ingin mendokong agenda jahat mereka, maka titah DYMM Sultan tidak dihiraukan lagi. Adakah yang dititahkan oleh Tuanku adalah satu perkara yang menzalimi rakyat sehingga di engkari oleh mereka ini?

Jelas kepada kita manusia jenis apa mereka ini? Menjadi pemimpin di zaman yang bertamadun tetapi memimpin seperti pemimpin yang tidak bertamadun. Individu yang mengepalai gerakan ini seorang manusia yang pernah menjadi pengerusi kepada majlis peguam Malaysia, sudah pasti dia cukup faham dan arif tentang perundangan namun mereka terus bertindak melanggar hukum seperti org yang buta undang-undang,” ujarnya mengulas tindakan wakil-wakil rakyat dari pakatan pembangkang dari Selangor yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari.

Ujarnya, bagaimana pula dengan manusia yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang yang menuntut kepada sesuatu yang bersih sedangkan perbuatan dan tindakan mereka cukup kotor dan jijik.

”Lebih malang bagi kita umat Melayu bila melihat penglibatan orang Melayu sendiri yang menjadi "pemain utama" dalam menjayakan agenda ini. Kalau kita umat Melayu sudah lupa dan langsung tidak ada rasa hormat kepada Raja-Raja dan Sultan Melayu, mana mungkin bangsa lain boleh menghormati kita.

Raja dan Sultan adalah lambang kedaulatan Melayu dan daulat itu sendiri diambil dari ungkapan "Daullah" yg bermaksud tanah, kalau pemimpin Melayu sudah lupa akan tanah yang dia pijak maka satu hari nanti tidak mustahil kita akan ditimpa oleh langit yang kita junjung,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Ampang.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment