KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah seorang yang sangat licik dan sentiasa mengaplikasikan ‘escapisme’ dalam memastikan agenda politiknya tercapai, kata Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugur, Shabudin Yahya.
Dilaporkan, Guan Eng dalam ucapannya semasa program bertemu rakyat di Seberang Jaya semalam telah memberikan alasan bahawa demonstrasi Bersih tidak boleh diadakan di Pulau Pinang kerana negeri terbabit telah ‘bersih’ sedangkan Kuala Lumpur adalah sebaliknya dan perlu dibersihkan.
“Guan Eng adalah individu yang suka mengangkat diri sendiri, sering meninggi diri dan memuji-muji apa yang telah dilaksanakan sedangkan apa sahaja kejayaan yang ada di Pulau Pinang hari ini sebenarnya adalah hasil daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan Dap hanya tahu mengutip hasil yang kemudian mengatakan bahawa mereka yang melakukannya,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Terangnya lagi, ketidakmunculan Guan Eng dalam perhimpunan Bersih yang dihadiri oleh para pemimpin sekutu pakatan pembangkang kecuali Dap membuktikan bahawa Setiausaha Agung Dap ini mempunyai perancangan tersendiri.
“Secara sedar atau tidak, tarikh 9 Julai yang tentunya telah dipersetujuai oleh Guan Eng untuk mengadakan demonstrasi Bersih adalah sama dengan hari Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang dan ada acara perlu dihadiri oleh Ketua Menteri.
“Inilah alasan licik Guan Eng yang enggan terlibat secara langsung dalam demonstrasi terbabit dan dalam masa yang sama dia dapat menjaga hati para peniaga Cina yang akan terus menyokongnya,” katanya.
Katanya lagi, perancangan Guan Eng dan Dap sebenarnya sejak dari awal memang bertentangan dengan pakatan pembangkang tetapi mereka ‘bijak’ bermain sandiwara dan memperlakukan anggota di dalamnya untuk kepentingan partinya sendiri.
“Kita tengok bagaimana permainan Bersih ibarat Dap yang masak kek tapi orang lain yang makan sedangkan sebenarnya Dap mencapai keuntungan daripada makanan yang disajikan kepada orang lain.
“Dap lakukan perancangan dan keluarkan arahan tetapi apabila sampai masanya mereka seolah-olah tidak terlibat atas alasan-alasan yang sememangnya nampak sangat kukuh. Inilah sikap ‘play safe’ Guan Eng dalam pakatan pembangkang,” katanya lagi.
Ujar Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Guan Eng adalah individu yang sentisa mahu dilihat baik sedangkan sebaliknya hati beliau adalah tidak bersih dan mempergunakan pihak lain untuk kepentingan peribadi dan karier politiknya.
“Dap mempergunakan Pas dan PKR sebagaimana permainan mereka ketika mahu memenangi Pulau Pinang dan apabila mereka mendapat kejayaan maka lihat sahaja bagaiman Pas dikesampingkan dalam agenda pentadbiran negeri.
“Guan Eng tahu bahawa Bersih adalah demonstrasi membangkitkan ‘mood’ terhadap Anwar Ibrahim untuk lari dari kesalahan-kesalahan moralnya dan bukan untuk ‘mood’ bagi pakatan pembangkang, jadi dia bersikap berkecuali agar terus mendapat sokongan khususnya dari bangsa Cina yang mendominasi perniagaan termasuklah di kawasan-kawasan demonstrasi di Kuala Lumpur.”
Tegasnya lagi, terbukti bahawa Guan Eng adalah manusia yang banyak menangguk di air keruh sedangkan hatinya sendiri kotor inikan pula mahu ‘membersihkan’ orang lain. - MediaUMNO



0 Komen
Post a Comment