KUALA LUMPUR 10 Ogos – Keputusan pucuk kepimpinan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist berhubung isu serbuan yang dilakukan Jais terhadap gereja berkenaan membuktikan bahawa parti itu bersifat “kluk klek” dan tidak telus dalam perjuangan mereka.
Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pas berhubung isu berkenaan membuktikan bahawa parti itu hanya berani bersuara jika apa yang diperkatakan itu mempunyai kepentingan kepada mereka .
“Dalam perkara ini, Pas nampaknya cuba menjadi juara dengan ,mengambil sikap mendengar penjelasan kedua-dua pihak, sehingga segala yang tindakan yang ingin dilakukan terpaksa dibuat melalui mesyuarat di peringkat pucuk kepimpinan Pas pusat.
“Sebenarnya, Pas ingin memikat pengundi bukan Melayu dan Islam yang kononnya akan menjalankan siasatan termasuk mengadakan pertemuan dengan pihak Gereja Methodist, dan saya berkeyakinan Pas juga akan sanggup mengambil tindakan terhadap Dr Hasan Ali jika apa yang dilakukan itu memberi keuntungan politik kepadanya,” katanya kepada UMNO-Online.
Mohd Zin berkata, banyak perkara yang boleh dilakukan siasatan terperinci oleh Pas terhadap beberapa isu hangat di negara ini, namun perkara itu tidak dilakukan kerana boleh memberi kesan bukan sahaja kepada Pas malah pakatan pembangkang.
“Mengapa Pas tak buat siasatan terperinci berhubung isu video seks Anwar dan kes liwatnya, mengapa Pas tak pergi jumpa Datuk Eskay untuk dapatkan penjelasan mengenai video itu, begitu juga mengapa Pas tak jumpa Saiful berhubung kes liwatnya.
“Apa yang berlaku ini menunjukkan Pas tidak mempunyai suatu ketetapan atau `local standing order’., apa yang jelaslah Pas hanya akan bersuara jika perkara itu memihak kepadanya, dan mendiamkan diri jika sebaliknya,” katanya.
Beliau hairan dengan apa yang berlaku kerana dalam perkara membabitkan pihak Jais dengan gereja terbabit, Pas dilihat begitu beria-ia sedangkan parti lain dalam pakatan pembangkang, DAP dan PKR diam seribu bahasa.
“Pas kini sudah beralih arah nampaknya, mereka kini nampaknya ingin menjadi juara baru kepada orang bukan Islam dan Melayu, mereka buat begitu sebab sokongan mereka semakin berkurangan sebab itu terpaksa cari alternatif lain,” katanya. -MediaUMNO


0 Komen
Post a Comment