
Ampang, 10 Ogos- Isu UNISEL merupakan campurtangan rakus yang secara langsung oleh Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk mempertahankan kuasa walaupun jelas natijahnya bakal meruntuhkan institusi pendidikan yang telah diwujudkan oleh kerajaan UMNO-BN dahulu.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata, walaupun selama ini pakatan pembangkang mendabik dada, yang kononnya mereka jauh lebih telus dan berlaku adil dalam segala hal, bahkan kononnya negeri yang ditadbir kerajaan pakatan PKR-DAP dan Pas lebih berkebajikan berbanding UMNO-BN, namun ternyata tindak tanduk yang mereka perttontonkan lebih jelas menunjukkan yang mereka sebenarnya adalah parasit yang akan menyusup ke dalam mana-mana agensi yang dilihat mampu memberikan keuntungan jangka pendek kepada politik rakus Pakatan Rakyat sendiri.
"Perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr.Rosti Saruwono dengan notis 24 jam seperti yang diakuinya, adalah akibat tekanan politik.
Tindakan kerajaan negeri Selangor memaksanya untuk melucutkan jawatan tiga orang kakitangan UNISEL tanpa mengikut prosedur selayaknya, membuatkan Dr.Rosti memilih jalan mempertahankan prinsip berbanding menuruti kehendak Kerajaan PKR yang sudah semestinya didalangi oleh DAP Selangor," ujarnya.
Dr.Rosti telah diarahkan untuk memecat Pendaftar UNISEL, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.
Berasal dari Klang, Selangor, Dr. Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL pada 2 Mac 2009.
Beliau menggantikan Prof Datuk Dr. Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.
Semasa baru dilantik, Dr.Rosti berkata, beliau tidak akan jadi ‘Pak Turut’ kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.
"Cubaan Pakatan pembangkang, khususnya PKR untuk menjejaskan imej Dr.Rosti, Rokmaa Mat, Prof Dr Khalifah Othman dan Halid Hasbullah kononnya mereka ini adalah ‘kakitangan UMNO’ dalam UNISEL sebenarnya, lebih tepat menggambarkan kepada ketakutan mereka sendiri. Kononnya Dr.Rosti meletakkan jawatan kerana takutkan siasatan dalaman.
Namun satu persoalan yang sehingga ke hari ini masih lagi gagal dijawab oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah, mengapa semenjak mereka mengambilalih Selangor, UNISEL mengalami penurunan prestasi yang sangat merudum?," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.
Maka tidak syak lagi, kecenderungan Pakatan Rakyat untuk menggunakan setiap agensi kerajaan, termasuklah campurtangan dalam bidang akademik demi mengukuhkan kedudukan politik serta pengaruh mereka di Selangor telah mengakibatkan prestasi dan mutu UNISEL terjejas.
Pakatan Rakyat lebih risau sekiranya sokongan yang boleh diberikan oleh UNISEL kepada mereka, terganggu dan terhalang oleh kewujudan pegawai-pegawai yang tegas memastikan institusi pengajian tinggi mereka tidak diganggu oleh elemen-elemen politik yang merosakkan.
"KDYMM Paduka Sultan Selangor yang gusar melihat gaya berpolitik berlebihan Pakatan Rakyat, telah pun menitahkan agar UNISEL tidak dijadikan bahan politik oleh Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor.
Namun seperti yang dijangkakan, Pakatan pembangkang ini tidak akan peduli dengan titah tuanku itu. Bahkan mereka semakin menggila dengan kaedah berpolitik yang diamalkan sekarang. Alasan kononnya, Dr.Rosti adalah ‘karat biru @ BN tegar’, salah seorang daripada tiga orang yang hendak dipecat itu mempunyai hubungan darah dan persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Selangor dan penubuhan Task Force untuk mengatasi kemelut UNISEL yang mereka sendiri cipta, tidak lebih daripada sekadar alasan murahan," tambahnya.
Secara jelas, politik Pakatan pembangkang di Selangor, tidak langsung memberikan keuntungan kepada rakyat sama ada dalam jangka pendek apatah lagi jangka panjang.
Mereka seolah-olah enggan melihat anak bangsa menjadi lebih berilmu dan berpengetahuan, sebaliknya seboleh mungkin cuba mendidik agar anak bangsa menjadi pencandu politik tegar yang mementingkan politik kepartian yang menyokong Pakatan Rakyat, berbanding berusaha lebih gigih demi mencapai kecemerlangan akademik.
"Ini sudah dapat dibuktikan menerusi kemeruduman prestasi UNISEL itu sendiri. Dan UNISEL bukanlah satu-satunya institusi yang cuba diruntuhkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mereka mewujudkan kader-kader politik pro-Pakatan Rakyat, sebaliknya usaha-usaha yang lebih aktif turut dilakukan terhadap Yayasan Selangor.
Dalam perkembangan terkini, Pakatan Rakyat begitu ‘aktif’ untuk melupuskan Yayasan Selangor yang selama ini telah banyak membantu pelajar-pelajar dari golongan miskin untuk berjaya dalam pelajaran. Buktinya sudah pun tersedia, daripada mempunyai dana tunai yang cukup besar ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu, kini Yayasan Selangor sudah kering kontang, bahkan lebih tepat lagi sedang mengalami defisit kewangan yang sangat teruk," ujarnya.
Apakah dengan cara menjual harta Yayasan Selangor ini, Pakatan Rakyat mampu mempamerkan serta mengaburi mata rakyat dengan kedudukan semasa kewangan Yayasan Selangor dilihat kembali ‘berisi kantungnya’ tetapi yang sebenarnya rakyat Selangor telah kehilangan satu permata yang amat berharga iaitu sebuah kemudahan yang telah disediakan oleh pemimpin terdahulu bagi memberi peluang kepada pelajar Selangor yang berada diluar Kuala Lumpur untuk mengisi Sekolah ‘primier’ seperti Victoria istitution, St john , BBGS dan sebagainya.
"Justeru, tidak menghairankan, jikalau dibiarkan, UNISEL juga akan mengalami nasib yang serupa dengan Yayasan Selangor!," tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment