Dua Simbol Golongan Ulama Paling Berpengaruh Sedang “Tenat” Petanda Penguasaan Erdogan Secara Total Semakin Cerah?

Sumber: Selangor Daily


Heboh di blog-blog pembangkang yang Ustaz Harun Din dan Ustaz Azizan Razak dikhabarkan tenat dan dimasukkan ke IJN.

Dolls, I bukan nak tuduh sapa-sapa, tapi bila melibatkan jantung nih, mesti tak boleh lari dari fakta bahawa ia berkait dengan tekanan yang dihadapi oleh si pesakit.

Biasalah, dalam dunia politik, tekanan bukan hadir dari pihak lawan, tapi yang paling menyeksakan, bila tekanan hadir dari dalam parti sendiri. Dan janganlah nak bersandiwara dengan I, sebab I pun banyak baca juga, especially tentang PAS. Sebab apa? Sebab pak menakan I ramai dalam PAS, dan diorang seolah tak boleh nak fikir, kenapa I selalu kata PAS ni penyebab pecah belah umat.

Opsss.. kita kembali ke topik asal ye dolls. Perasan tak banyak yang berlaku kepada PAS selepas muktamar mereka baru-baru nih… yela, diorang dah kuburkan slogan membangun bersama Islam kan, dan terbukti golongan ulama dalam PAS dicampak ke lubang jahanam oleh Erdogan.

You all tengok la apa dah jadi kat Hasan Ali, kesian kan. Jasanya habis tidak lagi dikenang gara-gara inginkan kerajaan perpaduan bersama UMNO dan BN. Sampaikan di majlis pelancaran slogan Selangorku baru-baru ini, taraf Hasan Ali diletakkan di tingkat paling bawah! Nasibla golongan ulama nih… tunggu waktu je.

I rasa golongan Erdogan memang cari jalan nak kasi lumat pengaruh ulama dalam PAS nih. Jadi, bermacam-macam cara mesti diorang buat kan. Dan I tak pernah hairan kalau diorang target pada Ustaz Harun Din, selaku individu paling berpengaruh dari golongan ulama dalam PAS. Pastinya Ustaz Harun Din tertekan dengan permainan politik Erdogan yang telah melupakan sumpah dan janji dari pejuang terdahulu PAS. Yela.. Dolls, you all rasa apa status Ustaz Ibrahim Libya yang difatwakan “syahid”, sedangkan kepimpinan PAS sekarang bertukar haluan perjuangan pula.

Apa perasaan Ustaz Harun Din melihat kesongsangan perjuangan PAS hari ini? Mesti inilah antara penyebabnya kan?

Tak cukup dengan itu, Ustaz Azizan pula diikat tangannya dari membuat keputusan tentang negeri yang ditadbir oleh PAS, bukan DAP. Ironinya, DAP lah pulak yang jadi maharaja kat sana. Keputusan yang buat, senang-senang je DAP batalkan. Dolls, itu negeri yang ditadbir PAS tau… kalau negeri yang PAS sekadar menumpang camne pulak?

Macam mana la dua ikon ni tak stress. Dahla dianaktirikan dalam parti sendiri, dibuli pula oleh “rakan” dalam Pakatan! Janganlah cakap dengan I yang Anwar boleh tolong. Please ye…

I rasa macam ada yang tak kena la. Nak dijadikan cerita, kedua-duanya masuk ke IJN pada hari yang sama, atas sebab yang sama. Rasa macam “tekanan” yang diberikan sebagai satu cara. Kita bukan tau niat orang kan. Nak-nak pulak, spesis DAP dan Ergodan nih jenis yang matlamat menghalalkan cara.

Kalaulah apa-apa terjadi kepada dua orang nih, Erdogan dah boleh mendabik dada mengatakan PAS adalah milik mereka secara mutlak. Lenyaplah pengaruh ulama di dalam PAS, dan lengkaplah niat mereka untuk menguburkan perjuangan Islam seperti yang diorang war-warkan dulu.

Bijak kan game diorang. Yang Erdogan beri tekanan kepada Ustaz Harun Din, yang DAP pula dok “sekeh” Ustaz Azizan. Pointnya sama, beri “tekanan”, dan serangan jantung adalah bonus bagi mereka!

Dolls, jangan salah faham ye. I bukan doakan Ustaz-Ustaz tu pergi cepat. Tapi I cuma “curious” je. I nak doakan ustaz nih supaya sembuh, dan idea perpaduan tak pernah hilang. Semuanya untuk orang Islam dan Melayu jugak. Busuk-busuk pun, masih orang kita jugak kan. Pastinya kepentingan orang kita akan didahulukan, tanpa mengenepikan hak orang lain. Kalau si Anwar dan DAP, alamat hancurlah negara nanti.

Tapi pada pendapat I, mmg diorang nak lenyapkan pengaruh ulama nih. Betul tak, dolls?

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment