Kuala Lumpur,26 Ogos- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan bahawa di Selangor di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan PKR-DAP-PAS, banyak isu yang timbul yang membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.
"Yang pertama ini isu gereja, nampaknya masih belum selesai dan banyak NGO terus menuntut supaya kes ini didedahkan kepada rakyat. Kebanyakan NGO ini tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan Menteri Besar Selangor yang membuat keputusan tanpa usul periksa.
Isu kedua ialah isu yang membabitkan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor ini seperti yang kita maklum seperti dalam audit pada bulan 12 yang lepas, Yayasan Selangor telah mengalami kerugian yang banyak. Jadi nampaknya kerajaan negeri Selangor ini mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan Yayasan Selangor , maka kerajaan Selangor sanggup merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang kita lihat banyak mendapat bantahan dari NGO," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang.
Dalam masa yang sama, isu Unisel juga menjadi bahang buat kerajaan negeri. Isu perletakan jawatan Naib Canselor dan pertukaran jawatan tiga pensyarah pun masih menjadi isu, di mana mereka mempertikaikan ketidak-adilan dalam pentadbiran Unisel dalan tindakan kepada mereka-mereka yang berkenaan.
"Dalam bulan Ramadhan ini, saya juga mendapat banyak sms, komen-komen dari jemaah di masjid dan surau, khususnya di Shah Alam yang mereka tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa orang pemimpin parti pembangkang yang masih lagi mengambil kesempatan dalam tazkirah, ceramah di masjid dengan menyampaikan ceraramah-ceramah politik di masjid dan surau.
Terkini, isu JAIS yang mana PAS telah menuduh UMNO menjadi dalang isu serbuan di gereja baru-baru ini, ini satu tuduhan yang berupa fitnah dan UMNO Selangor akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Datuk Mustapha Ali yang menuduh UMNO di belakang tabir," tambahnya lagi.
Apa yang menarik dengan kemelut-kemelut yang melanda Selangor ini, NGO dan rakyat yang telah sedar selepas melihat apa yang berlaku di Selangor ini, maka mereka bangun dan mengambil tindakan dengan membuat bantahan demi bantahan terhadap kerajaan negeri tanpa ada campur tangan dari UMNO.


0 Komen
Post a Comment