
Beberapa hari aku membiarkan blog aku sepi tanpa berita....Aghhh, biarkan sahaja. Bukan penting pun Sahabat-Gunung ..... Bukan penting pun blog-blog pro UMNO dan BN, takde mendatangkan kesan kepada pengaruh politik tanahair..... Biarlah blog-blog Pro UMNO dan BN ini berjuang sendirian, tiba masa kita akan tentukan haluan kita kelak...
Tapi aku tertarik dengan sandiwara terbaru politik di sebelah sana, mereka sudah kehilangan atau kekurangan pemimpin ker sampaikan terpaksa membawa pemain import dari pihak musuh mereka sendiri untuk mereka letakkan sebagai ’Ketua” mereka?
Hakikatnya, ssaha pembangkang ‘memikat’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan satu penghinaan kepada kepimpinan utama mereka sendiri khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Adakah ini wayang seterusnya yang dimainkan pembangkang? Aku harap pemimpin-pemimpin UMNO jangan terjebak dengan permainan baru yang dimainkan mereka....
Dalam UMNO-Online, EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata bukankah Hadi merupakan seorang pemimpin yang diwar-warkan sebagai salah seorang pemimpin Islam hebat dan berkarisma oleh penyokonng beliau di seluruh ceruk di rantau ini hinggakan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.
Menurut beliau dengan timbulnya desas-desus berkenaan, pelbagai persoalan timbul di fikiran rakyat apakah mereka ketandusan pemimpin yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab sebagai “leader” di kalangan mereka hingga terpaksa memancing daripada luar pembangkang sendiri.
“Apakah Hadi tidak ada kredibiliti….Jawatan beliau adalah Presiden dan pemimpin yang mempunyai ramai jentera dan penyokong di seluruh negara berbanding dengan rakan sekutu mereka yang lain. Sepatutnya dalam soal ini, mereka perlu mengangkat Hadi sebagai penganti kepada Anwar dan bukannya memancing mana-mana individu lain.
“Ini bagi saya adalah satu penghinaan dan Pas perlu keluar daripada pembangkang seandainya mereka sebuah parti yang bermaruah dan ada harga diri. Maruah Presiden perlu dijaga. ….mana nak letak muka Hadi Awang..Seolah-olah beliau tidak layak untuk memimpin. Apakah ini yang dikatakan setia dalam persahabatan?,” katanya.
Persoalannya? Kenapa nama Ku Li plak yang timbul?


0 Komen
Post a Comment