Robohkan Asrama Yayasan Selangor- Inilah Model Negeri Berkebajikan PKR Selangor

Kuala Lumpur, 5 Ogos- Adakah ini modul negeri kebajikan PKR Selangor? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.

Timbalan Ketua Bahagian Subang, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.

“Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.

Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pimpinan PKR negeri Selangor,” ujarnya.


Asrama Yayasan Selangor
selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan "khamil", kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada -mana pihak mengaut keuntungan peribadi.

Saya percaya
, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar "wayang dan lakonan" bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.

Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi y
ang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment