Slogan DAP Ganti Pas – Semakin Menampakkan Kebenarannya

Pas perlu melupakan hasratnya untuk mengantikan UMNO sebagaimana slogannya tetapi apa yang terjadi akhir-akhir ini membuktikan bukan Pas yang ganti UMNO, sebaliknya DAP yang menggantikan Pas.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis kecelaruan gabungan pembangkang terutamanya Parti PKR dan Pas dalam menangani isu 12 umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama menampakkan kepada umum akan kelemahan mereka dalam mempertahankan maruah Islam.

“Kronologi isu ini jelas menampakkan bahawa perkiraan bilangan kertas undi lebih di dahulukan daripada menjaga hak dan maruah Islam. Apa maknanya jika Tan Sri Khalid Ibrahim selang sehari selepas kejadian terus memohon maaf tanpa ada laporan lengkap di tangannya.

“Manakala Ahli Parlimen Shah Slam, Khalid Samad nampak begitu keliru dalam membezakan perkara yang hak dan sungguh kalut dalam menjuarai perkara teknikal isu 12 umat Islam di gereja, apa dah jadi dengan pemimpin Islam dalam Pas dan PKR dalam memperjuangkan isu ini?,” katanya di sini.

Dalam masa yang sama, apa tujuan mereka membuat laporan polis terhadap pendedahan beberapa bloger pro-UMNO yang mendedahkan bukti kejadian sebenar di gereja tersebut tempoh hari ini.

“Ini jelas menunjukkan sikap gelojoh mereka dalam cubaan menjaga undi penyokong mereka. Kita mengucapkan syabas di atas keberanian dan kebijaksanaan keseluruhan blogers proUMNO dalam menangani isu besar ini.

“Meletakkan kepentingan akidah umat Islam dan berani memangkah setiap gerak laku pimpinan pembangkang hingga menampakkan mereka kelihatan tempang adalah tindakan terpuji”, ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang seterusnya menyelar tindakan Setiausaha Agung Pas menyalahkan UMNO yang kononnya menjadi dalang di sebalik ‘serbuan JAIS’ itu.

“Tuduhan itu satu tuduhan melampau dan menampakkan kedangkalan mereka dalam menyelesaikan masalah.

“Hakikatnya Pas sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. Tiga tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan Pas yang nampak sentiasa tunduk kepada arahan DAP. Mungkin istilah ‘Dap Ganti Pas’ sudah menampakkan kebenarannya”, terang beliau.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment