Parti Anak Beranak – PKR Tiada Lagi Calon Berwibawa

Inilah Anak Anwar Yang Bakal Bertanding Di Parlimen Nibong Tebal. PKR Dah Takde Orang Lain Ker?

Makin hebat cengkaman keluarga Anwar Ibrahim sekarang nie, jika sebelum ini keluarga tiga beranak nie berjaya mengawal PKR, kini mereka akan meletakkan seorang lagi ahli keluarga mereka untuk bertanding dalam PRU 13 yang akan datang ….

Menurut laporan AIDC

Selepas Nurul Izzah, seorang lagi anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Desas desus itu diperkuat apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengesahkan bahawa cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nurul Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di parlimen tersebut.

“Namanya muncul sebulan lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Semuanya akan diumumkan sebelum pilihan raya umum,” kata Mansor seperti dilaporkan akhbar Berbahasa Cina, China Press.

Parlimen Nibol Tebal pernah dimenangi oleh Tan Tee Beng calon dari PKR pada Pilihanraya Umum ke-12.

Namun, Tan Tee Beng bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota Parlimen Bebas pada tahun lalu, dan seterusnya menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) selepas hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR. – AIDC.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment