
Setelah menjadi keldai dan kuda tunggangan DAP dan PKR, kini hamPAS berazam untuk menang 60 kerusi Parlimen selain merampas 25 kerusi Parlimen yang disandang UMNO pada PRU yang akan datang.
Hasrat itu disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini ketika perjumpaan dengan 500 anak perantau Terengganu di Markas PAS Kuala Terengganu.
Kejayaan menguasai tiga buah negeri pada PRU ke-12 yang lalu iaitu Kelantan,Kedah dan Perak sebelum 3 ADUN PR keluar parti meninggalkan perjuangan 'keliru PR' dan menyebabkan Nizar hilang kerusi MB Perak....
Persoalannya, benarkah PAS telah menguasai Perak atau PAS sekadar menjadi kuda tunggangan dan keldai kepada DAP Perak selepas PRU 12 yang lalu....
Mana asasnya yang PAS telah menguasai Perak pada PRU 12 yang lalu. Bermimpi di siang harikah Hadi Awang, ataupun dia tertidur ketika mengungkap perkataan PAS berjaya MENGUASAI PERAK?
Takpelah, biarlah dia dengan angan-angannya dan impiannya. Tak salah untuk berazam, begitu juga dengan UMNO dan BN, berazam untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk bersama BN dalam PRU yang akan datang ...
Apa yang lebih penting, mampukah PAS untuk menguasai kerajaan sekiranya mereka menang 60 kerusi sekalipun, atau mereka sekali lagi dijadikan keldai untuk merestuai apa sahaja tindakan dan keputusan yang akan dibuat oleh DAP dan PKR?
Kalau isu arak dan gereja/murtad di Selangor pun mereka terpaksa tunduk kepada tekanan DAP, apa lagi di peingkat PUSAT, bahkan nak menentukan calon yang bakal bertanding pada PRU akan datang pun terpaksa minta restu DAP.


2:56 AM
Tak hairan, dari dulu pun pas memang suka berangan2, lantak dia lah