
Shah Alam, 13 September- UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.
Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.
Mat Zin sebelum itu dilaporkan berkata, tindakan saman itu selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta UMNO Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.
“Tindakan ini terpaksa diambil bagi UMNO khususnya UMNO Se mempertahankan diri walaupun kita sudah beberapa kali bersedia menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dengan menuntut Mustapha Ali secara umumnya memohon maaf terhadap sangkaan fitnah jahat terhadap UMNO namun tawaran ini bukan sahaja ditolak, bahkan beliau mencabar untuk bersedia menghadapi UMNO di mahkamah.
Kami bersedia memaafkan namun Mustafa angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan UMNO Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit. Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah UMNO Selangor yang difitnah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Zin berkata UMNO Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu.
Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


6:05 PM
fSej coach factory
qQgq ugg uk
tArj michael kors purse
8nDez cheap uggs
7wLkj chi iron
2oMzi Michael Kors
3pIcz nfl jerseys
5sLyx coach outlet store
9wGak cheap north face jackets
9vQti botas ugg
6mLvs ghd sale
6cGnu michael kors outlet
1qNip cheap nfl jerseys
0aXiv planchas ghd
8rStr discount ugg boots