Anwar Pilih Tutup Mulut Kerana Banyak Rahsia Dalam Tangan Raja Petra




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memilih jalan selamat dengan tidak membuat sebarang komen atau ulasan  berhubung pendedahan Raja Petra Kamaruddin terhadap dirinya seperti yang disiarkan media baru-baru ini.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata, Anwar terpaksa bertindak sedemikian kerana khuatir jika beliau menjawab atau memberi komen berhubung pendedahan itu boleh menyebabkan  lebih banyak perkara lain yang didedahkan oleh Raja Petra kepada orang ramai.
“Anwar terpaksa memilih jalan selamat, sebab itu dia mendiamkan diri, apa yang kita dengar hanyalah daripada orang-orangnya sahaja seperti Azmin Ali dan pemimpin lain yang mengutuk tindakan Raja Petra itu.
“Dia tahu, jika dia membalasnya, lebih banyak perkara yang akan didedahkan oleh Raja Petra, ini boleh merugikannya. Raja Petra dan dia sangat rapat, jalan terbaik adalah mendiamkan diri,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang tidak menjawab atau memberi sebarang komen berhubung pendedahan itu. Ikuti kupasan lanjut menerusi video di bawah.


Sumber: www.umno-online.com
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment