Bagi Pas Lawan Islam Tak Mengapa Tapi Jangan Lawan Anwar, DAP



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan episod pemecatan bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai ahli adalah kejayaan kepada PKR dan DAP serta pemimpin Pas yang tidak sehaluan dengannya di Selangor, malah ianya bukti jelas bahawa parti itu terpaksa tunduk dengan desakan rakan sekutunya, PKR dan DAP.

“Ketidakpuasan kepimpinan PKR dan DAP terhadap Dr Hassan sudah lama berlaku, beberapa tindakannya sebagai exco negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam di Selangor tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PKR dan DAP.

“Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Pas terpaksa tunduk kepada PKR dan DAP untuk menyelamatkan parti itu supaya tidak tersisih pada pilihan raya nanti, Pas kini merasakan mereka sudah kehilangan pengaruh sehingga terpaksa bergantung harap kepada orang lain,”.

Menurutnya, isu membabitkan Dr Hassan dengan kepimpinan PKR dan DAP bukan perkara baru, ia bermula dengan isu penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka di Shah Alam serta serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya tidak lama dahulu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin bukan Islam PKR dan DAP.

“Desakan supaya tidakan diambil terhadap Dr Hassan sudah lama disuarakan oleh kepimpinan pembangkang, namun perkara itu tidak menjadi realiti sama ada di peringkat pentadbiran negeri mahupun kepimpinan Pas sendiri.

“Namun kelantangan Dr Hassan berhubung gerakan 901 yang membabitkan Anwar Ibrahim menyebabkan kepimpinan Pas terpaksa membuat keputusan drastik dengan memecatnya daripada parti itu,” katanya.

Budiman berkata, usaha penyingkiran Dr Hassan itu turut membabitkan beberapa pemimpin Pas yang cenderung kepada Anwar yang menganggap ia sebagai duri dalam daging kepada pakatan pembangkang.

Katanya, apa yang berlaku jelas menunjukkan Pas kini sebenarnya ibarat seperti lembu dicucuk hidung yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan daraipada rakan sekutunya demi survival dalam politik - UMNO-Online
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment