Jual Kalimah Allah Kepada Bukan Islam- Pas Umpama Biro Politik DAP



Pas hari ini dilihat umpama biro politik DAP dan alat kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dalam usaha menjual kalimah Allah kepada bukan Islam.

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR Zahid Mat Arip berkata tindakan Pas yang hanya menghalalkan apa sahaja permintaan daripada DAP termasuk Negara Islam kepada Negara Berkebajikan menyerlahkan segala-galanya bahawa parti itu seperti yang dikatakan di atas.

Apa lagi yang boleh dilabelkan selain daripada biro politik DAP kerana hari ini umum melihat DAP seolah-olah induk kepada sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam.

“Begitu juga dengan kesanggupan Pas untuk menjadi perkakas kepada Anwar dalam menjual kalimah Allah kepada bukan Islam. Masih ingatkah kita kepada isu penggunaan kalimah Allah pada satu ketika dahulu.

“Masih ingatkah kita bagaimana bukan Islam daripada DAP sudah berani membacakan ayat suci al-Quran di pentas-pentas ceramah mereka dan apakah tindakan Pas dalam hal berkenaan.

“Bukankah itu membawa maksud seperti yang saya katakan tadi dan itulah yang perlu dinilai oleh rakyat hari ini khususnya para penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat oleh kepimpinan atasan Pas hari ini. Yang di bawah tidak bersalah tetapi puncanya daripada atas,” ….

Persoalannya, siapakah pemimpin sebenar utama Pas hari ini yang dilihat seperti layang-layang yang putus tali dan berada di awang-awangan.

“Saya pun hairan….Siapakah pemimpin utama Pas hari ini. Atas kertas dan dalam senarai kepimpinan memang betullah Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi sebaliknya bagaimana senarionya.

“Apakah sama di atas kertas atau Datuk Seri Anwar atau Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Saya serahkan perkara itu kepada umum untuk buat penilaian. Secara ringkasnya saya dah nyatakan diatas, “ ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan Anwar bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih kerana beliau telah didakwa menjual kalimah Allah pada satu ketika dahulu.

“Dan siapakah yang meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain. Kalau saya nak ceritakan satu persatu banyak lagi dan kepada pimpinan Pas, renung-renungkanlah dan bermuhasabahlah demi kepentingan umum,“ katanya. MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment