Mantapkan Jentera BN Di Akar Umbi, Bersedia Hadapi PRU13



Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengajak ahli-ahli parti untuk bersedia  memantapkan jentera BN Selangor dan bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, ujar Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam program Perjumpaan Bersama Pemimpin Akar Umbi BN Selangor yang diadakan di Intekma Resort Shah Alam, Najib menggesa jentera BN di akar umbi mengaktifkan pusat daerah mengundi untuk kawasan dalam kawasan parlimen dan DUN masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan apabila Parlimen dan DUN dibubarkan kelak.

"Menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab yang perlu digalas jentera kita untuk memastikan setiap pengundi yang ada di kawasan masing-masing menyokong, memangkah dan mengundi calon BN kelak.

"Ertinya, setiap strategi kita perlu ditumpukan untuk menawan hati setiap pengundi tanpa mengira Melayu, Cina, India ataupun orang Asli. Tanggungjawab kita adalah untuk pastikan hati mereka tertawan untuk menyokong calon kita,” ujarnya kepada pemberita selepas program tersebut.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, jentera BN harus bekerja kuat bagi memastikan rakyat terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia telah membuktikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan rakyat. Beliau berkata kerajaan BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas merdeka lagi.

Dalam masa yang sama, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, BN Selangor yakin pertemuan hari ini akan menyuntik semangat baru khususnya kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menyusun dan mengerakkan gerakkerja BN di akar umbi dalam menambat hati rakyat, khususnya dalam memenangi PRU 13 kelak, seterusnya merampas kembali Selangor dari tangan pakatan rakus PKR-DAP dan PAS.

“Kerja berpura-pura untuk menawan hati rakyat bukan lagi satu permainan kerana rakyat bijak membuat penilaian. Pertelingkahan, perselisihan, cah keting, dan yang paling penting kita bekerja dalam satu pasukan tetapi ada pasukan lain, itu kena elak.

“Saya yakin, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh, BN boleh menang di Selangor ini. Dulu lain, sekarang lain. Tetapi bila sekarang lain, gerak langkah kita mesti penuh yakin bahawa kita kerja dalam satu pasukan dan kehendak rakyat harus kita lihat,” tambahnya yang juga ADUN Seri Serdang, Selangor.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment