Ong Tee Keat Sertai PAS?


Benarkah apa yang aku dengar nie, sebelum nie kecoh kononnya bekas Presiden MCA,  Datuk Seri Ong Tee Keat akan menyertai PKR, selepas tu katanya dia akan menyertai DAP plak…. Mana yang betul nie …

Atau Ahli Parlimen Pandan nie akan menyertai PAS?

Akhirnya, hari ini menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai pakatan PKR-DAP-PAS.
           
Walaupun Ong tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Anggota Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaannya dalam mana-mana parti pembangkang.


"Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Jan. Apa pula selepas ni? PAS?"

Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.
           
"Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara
waktu ni, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai Anggota Parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan," katanya.
           
Ini bukan kali pertama tersebar khabar angin bahawa Ong merancang untuk menyertai parti lain.

Oktober lepas, portal berita dalam talian mendakwa Ong mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua DAP Selangor Teresa Kok serta kemungkinan beliau berbincang dengan mereka mengenai penyertaannya dalam pakatan pembangkang. Bagaimanapun, Ong menafikan laporan itu.

Dalam temubual yang disiarkan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris minggu lepas, Ong berkata beliau akan mempertahankan kerusi Pandan yang disandangnya, walaupun beliau disingkirkan oleh MCA.

Sejak beberapa hari lepas, timbul pula spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan MCA untuk menganggotai sebuah parti pembangkang pada 20 Jan.

Spekulasi ini dibuat berikutan peletakan jawatan secara serentak dua pemimpin peringkat akar umbi MCA yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau -- Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon dan timbalan pengerusi MCA Cawangan Rumah Pangsa Taman Desa Skudai James Wu Chee Heng -- hujung tahun lepas.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:28 PM

    敬爱的佛教信土:
    我是甲洞三宝寺 (暹廟) SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION NO: 19-21 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA. 的理事, 当任此职多年, 对内的事務也一清二楚。

    最近, 在网络上看了PHRA PIYATHAMMO和尚和马华公会鸱唛区主席叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师的双方信件, 使我的内心久久不能平伏, 良心受到很大的譴責, 不吐訢不痛快, 所以我要誠恳的説:他叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)侓师叫外来的流流氓到三宝寺(暹廟)挑衅和尚打架及电招警方人员扣捕沙彌, 其嘲笑手法, 不外是要显示其权力, 而鞏固其职位, 以达到权力就是一切, 好让住持难堪, 自动離开, 方便行事……这种举动, 已间接的表逹其含意, 住持和尚兼顾问, 都无能为力,你们这些信徒能做什么?即使告马耒西亜佛教总会又能为难什么?这种心态, 的硧令人反感, 不是一个正信佛教者应有的行为。

    至今, 三宝寺的理事成员多数是其親戚, 这是实事, 加入会员需交RM100元费用,同时,必须经过叶金福(Yip Kum Fook)律师的同意,否则免談, 所以会员也不多。

    马华公会鹅唛区主席叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师,自控制三宝寺之後,把三宝寺(暹廟)当着私人產業,聘用和尚賺钱,利用佛教的道地为政治活动埸所,而处理三宝寺的钱财也不透明?这点,值得信众追问。马来西亚地擴人多,和尚也不缺乏,为什么不用本地和尚当任住持化缘,却偏偏劳心劳神,浪费签证费,交通费? 还要烦劳梹城佛总的推荐信, 向文化不同, 而語言又不通之千哩外囯缅旬和尚求助? 为什么….为什么? 只要我们用头脑想一想,便一日了然, 不必晝虎添足。

    叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak )律师说:欢迎任何人如有意见,可以电话03:62762369/0122039700 Email: YIPKUMFOOK@HOTMAIL.COM 戓到其马华公会鹅唛区会甲洞三宝寺及以下地圵:NO.2,B JALAN 53 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 SELANGOR, MALAYSIA.討論, 我要老实的提醒大家, 最好不要一个去見他, 因为这个人狡滑, 笑裡藏刀, 很阴险, 出家人都不放在眼裡, 連TAMAN DAYA 52100 KEPONG, KUALA LUMPUR. 众人的印度廟也敢放火燒, 利用权势把场地佔为己有, 由此可见, 他是何等的心毒? 还有现在三宝寺内, 各处都按裝计孔监视来人一举一动。

    目前, 三宝寺很多信徒及当地居民, 已经对叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak )律师不满, 但也不能做什么。他计划把三宝寺主席的职位轉给其子YIP JIUN HANN律师, 续承皇朝. 想近一部了觧詳情, 可上网得知。

    再说, 根据前理事在网络上给叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师的批評, 説他懂得包裝自己的道德守则, 以宗教为幌子手, 到处募款, 啇業经营, 政治活动为重, 并没依循佛教守則行事, 也没对人道作出貢献, 只不过借三宝寺宗教之名捞取权和私利而己, 其言也不为过, 是实事。

    在此, 我恳切希望, 廣大的佛教信仰者, 给予关注, 并共創義举, 弘扬佛教. 谢谢。

    Mr Lim Sok Chia敬啟
    Ms Yap

Post a Comment