Setelah berbagai usaha dibuat termasuk membuat laporan polis terhadap
dakwaan kira-kira 650 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah di
Selangor, hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan mereka serta membela mereka, yang
terdiri dari golongan mereka yang berpendapatan rendah.
Laporan
dibuat oleh Azlan Lam, yang merupakan salah seorang yang ditipu untuk membeli
rumah di Taman Harmoni, Balakong. Turut
serta ialah Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun
Khairuddin.
“Hari ini
kita mahu membantu kira-kira 650 orang pembeli rumah murah di Selangor yang
telah ditipu oleh kerajaan negeri. Sebelum ini kita telah membuat 45 laporan
polis dan hari ini kita hadir ke Ibu Pejabat SPRM atas lontaran idea dan
desakan yang dibuat oleh EXCO Kerajaan Negeri yang mahukan kami membuat laporan
di SPRM.
Kes ini
melibatkan kira-kira 650 orang yang teraniaya, di mana setiap orang telah
membayar tidak kurang RM2100.00 dan kes ini melibatkan seorang yang kononnya
kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor. GAPS menggesa SPRM menyiasat perkara
ini sehingga ke akar umbi, di peringkat Pejabat Menteri Besar Selangor dan di Lembaga
Perumahan Dan Hartanah Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya kepada pemberita
bersama sekumpulan pembeli rumah yang ditipu di perkarangan Ibu Pejabat SPRM
sebentar tadi.
Azlan Lam,
wakil pembeli rumah ini menyatakan rasa kesal dengan sandiwara Haji Yatim, kononnya
Pegawai Khas Menteri Besar Menteri Besar
selain janji-janjinya untuk menyelesaikan masalah pembelian rumah kos rendah di
Taman Botani Klang, Taman Selayang Mulia, Taman Harmoni Balakong dan Taman
Intan Cheras.
“Beliau
(Haji Yatim) mengaku bahawa beliau adalah Pegawai Khas MB dan ia telah
memperdaya ramai orang. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak SPRM
dapat menyiasat Haji Yatim kerana tidak mahu lebih ramai lagi yang terpedaya
dengannya.
Kes ini
bermula pada tahun 2009, daripada permohonan sehingga beliau memberikan surat
tawaran kepada kami. Tawaran yang diberikan, kami memang layak memandangkan
kami dari keluarga yang berpendapatan rendah. Tapi tak sangka kami juga ditipu,”
ujarnya.
Seorang lagi
pembeli, Azam Sakimon cukup kecewa dan merasa benar-benar tertipu dengan
kerajaan negeri dan mereka yang menggunakan nama PKR untuk menipu mereka yang
sangat-sangat memerlukan rumah ini.
“Saya cukup
terkilan dengan kerajaan negeri Selangor yang tidak bertanggungjawab. Apa yang
saya nampak sekarang, harapan kami untuk memiliki rumah sendiri semakin tipis
kerana di pihak kerajaan negeri, tidak ada siapa pun yang nak bertanggungjawab,
semua nak lepas tangan.
Mula-mula
dulu pun, mereka datang cakap dia orang kuat PKR. Haji Yatim Abu Bakar, dia
cakap dia Pegawai Khas Menteri Besar. Kita pun percaya, dengan dokumen yang
cantik dia menipu pun smart jugalah,” turut mengakui bahawa ada unsur ugutan
dari Haji Yatim, kerana jika pembeli tidak mampu membayar pendahuluan dalam 5%,
ramai lagi orang yang nak beli rumah tersebut.
Dalam masa
yang sama, GAPS melihat tindakan Haji Yatim sebagai satu tindakan yang menyalah
guna kuasa, dengan mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas MB. Melalui
tindakannya itu, dia bukan menipu soerang tetapi kira-kira 650 orang telah
terpedaya dengan sandiwaranya itu.
“Ini sangat
menyedihkan, dan ia melibatkan dengan orang yang bertugas di pejabat MB
Selangor. GAPS mendesak agar perkara ini diselesaikan dengan segera. Adalah
amat malang jika Pejabat MB Selangor dikaitkan dengan penyelewengan seperti ini.
Kerajaan
negeri harus membantu 650 orang pembeli yang teraniaya ini, sekurang-kurangnya
memulangkan semua duit deposit RM2100 kepada mereka,” ujarnya lagi.
0 Komen