Pecat Dr Hassan Ali- Bukti Keangkuhan Dan Kuasa Kini Mengaburi Perjuangan PAS



Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutan jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhan parti PAS, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat, sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.

“Walaupun jelas apa yang berlaku ini bukti bahawa mereka (PAS) di bawah telunjuk “pakatan mereka”, bukan keputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburi perjuangan mereka yang membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip yang jelas, dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya PAS sama seperti mana-mana parti lain.

Jadi keangkuhan rasa terlalu berkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa  yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerja kita ini sudah dilupakan oleh pimpinan PAS. Saya percaya apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pati akan tetap menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam PAS,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui selepas pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC, sebentar tadi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment