Pemecatan Hassan Ali : Berleluasalah Lagi Arak, Judi Dan Rumah Urut Di Selangor



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor melihat tindakan memecat Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dari PAS sebagai usaha menjaga kepentingan PAS bagi survival politik mereka dalam meraih undi Cina dan India selain terus menumpang kuasa dari DAP dan PKR khususnya di Selangor ini.

Ketuanya, Mahmud Karim berkata, Dr Hassan Ali juga boleh di anggap tegas dalam isu arak , judi dan gejala sosial lain termasuk isu murtad di selangor, perlu di nyahkan dari PAS bagi memberikan kerjasama yang lebih erat di antara PAS dan DAP.

“Kita tahu sejak kes Dr Hassan Ali menegur Ronie Liu (DAP) berhubung isu penjualan arak dan juga judi di Selangor satu ketika dulu, hubungan di antara PAS dan DAP retak dan ianya bukan sahaja di Selangor malah keretakan itu merebak seluruh Malaysia.

Apa yang terjadi hari ini, dengan ketiadaan Dr Hassan Ali dalam kepimpinan PAS dan kerajaan negeri, tidak mustahil selepas ini, tiada lagi masalah penjualan arak dan judi secara terbuka, malah kita yakin dengan berlambaknya rumah-rumah urut di Selangor sejak pakatan pembangkang ini memerintah, ia akan bertambah lagi selepas ini,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambahnya, inilah pengorbanan terbesar yang dibuat oleh PAS dalam cita-cita mereka mendirikan kerajaan berkebajikan di Malaysia, sehingga cita-cita mendirikan sebuah kerajaan Islam dan pelaksanaan hokum hudud PAS hanya tinggal impian dan kenangan sahaja kini.

“Dr Hassan Ali wajar dikorbankan demi menyelamatkan ikatan rumahtangga di antara PAS, DAP dan PKR. Apatah lagi dengan kepimpinan PAS yang baru di anggotai 95% mereka yang liberal dan golongan Anwarinas ini, Dr Hassan Ali memang dilihat sebagai penghalang kepada usahasama PAS, DAP dan PKR ini.

Terbukti apa yang di perjuangkan Hassan Ali selama ini dengan membawa kekuatan PAS masuk ke Selangor menjadi sia sia apabila beliau sendiri menjadi Korban dalam percaturan Kuasa Politik DAP dan PAS. Pemecatan keahlian Hassan Ali ini memberikan mesej jelas bahawa PAS bukanlah memperjuangkan Rakyat apatah lagi memperjuangkan Islam sebaliknya agenda kuasa politik menjadi keutamaan mereka,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. kah kah kah... 54 tahun merdeka tak pernah usaha pun nak benteras arak dan judi... malah beri lesen untuk 'halalkan'. ha ha ha ha...

  2. Halalkan kepala hotak ko..... Bapak ko ke yang minum arak dengan main judi tu.... ??

Post a Comment