Perkataan ‘Rakyat Hakim Negara’ Hanya Retorik Pembangkang Sebaliknya Mereka Mempergunakan Rakyat Untuk Kepentingan peribadi




“Sebenarnya dalam kes Datuk Seri Anwar ini, ia adalah antara Datuk Seri Anwar dengan Saiful Bukhari, saya kira tidak relevan jika diheret rakyat untuk menjadi Hakim Negara. Rakyat hakim Negara merupakan bahasa yang mereka gunakan tahun 1998, 1999 dan kalau kita nak rakyat menjadi hakim adalah pada pilihan raya nanti,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ujarnya, memang ada sesetengah rakyat melihat perbuatan liwat itu tidak salah tetapi hakim mengatakan liwat salah. Maka, rakyat tidak boleh menjadi hakim dalam kes-kes melibatkan perundangan.

“Saya fahamlah retorik perkataan ‘rakyat hakim Negara’ itu hanya retorik pembangkang. Rakyat menentukan kepimpinan Negara itu betul tetapi rakyat hakim Negara itu tidak betul kerana hakim ini kita bagi pada hakimlah sebab mereka pakar dalam perundangan dan mereka tahu mana salah, mana yang tidak salah.

Apa yang berlaku ialah kes individu, antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Apa halnya kes antara dua individu ini, nak diseret 100,000 rakyat? Adakah system kehakiman Negara ini tidak telus? Apa yang tidak telus, berapa puluh kali ditangguh atas permintaan mereka sendiri,” ujarnya kepada setelah menerima kunjungan ahli keluarga nelayan Malaysia yang mendapat pengampunan  Presiden Indonesia, Susilo Bambang Susilo Bambang Yudhoyono yang dijadual akan kembali ke tanahair esok.

Tambahnya, beliau boleh tidur lena kerana kes ini bukan dibawa oleh UMNO atau Barisan Nasional untuk membawa Anwar Ibrahim ke Mahkamah. Sebaliknya beliau tidak kisah Anwar Ibrahim bersalah atau tidak kerana ia tidak ada kaitan langsung dengan UMNO atau Barisan Nasional.

“Dari segi keadilan, Saiful juga harus diberikan keadilan. Saya tekankan sekali lagi bahawa UMNO dan BN tidak sama sekali terlibat dalam kes ini.  Namun saya tidak boleh tidur lena kalau pihak-pihak begini (pakatan pembangkang) melihat satu keamanan itu sebagai satu bebanan kepada mereka. Ini yang menjadi masalah kepada kita sekarang ini.

Pihak pembangkang melihat kalau Negara ini aman merupakan satu bebanan kepada mereka. Kalau Negara damai, liabiliti kepada mereka dan kalau Negara kita harmoni, maka mereka tidak boleh menang dalam pilihanraya,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, negara perlu dikucar-kacirkan dengan pelbagai perkara dan tuntutan-tuntutan yang tidak berfaedah, demostrasi jalanan dan sebagainya.

Maka, niat mereka untuk membawa ratusan ribu orang untuk ‘menyokong Anwar’ boleh menyebabkan Negara kucar-kacir, wujud suasana tidak aman dan memberi imej yang buruk Malaysia kepada Negara luar.


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.