Projek Perumahan Di Felda Soeharto Tergendala Angkara Kerajaan Selangor



Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata projek perumahan untuk generasi kedua Felda di Kampung Felda Soeharto sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keaddilan Rakyat.

Perdana Menteri berkata beliau amat kesal projek yang beliau sendiri lancarkan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lepas melibatkan lebih 200 unit rumah di atas tapak seluas 12 hektar kini terbantut.

“Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang.

“Saya tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka dah tolak permohonan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Warga Felda di Felda Gedangsa di sini Jumaat.

Najib berkata tindakan kerajaan Selangor menolak permohonan itu semata-mata atas tujuan politik kerana ia tidak mahu melihat keuntungan kepada BN biarpun projek itu adalah untuk kepentingan golongan generasi kedua Felda.

“Tidak ada apa yang boleh saya lakukan atau BN lakukan melainkan beri sesuatu isyarat kepada tuan puan…kalau hendak projek ini, kalau hendak masa depan lebih baik, lakukan perubahan,” katanya.

Beliau berkata perubahan yang harus dilakukan semasa pilihan raya umum kelak ialah menegakkan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar mahu membina masa hadapan rakyat.

Najib berkata beliau tidak hairan sikap kerajaan negeri Selangor kerana sebelum ini ia juga telah menolak permohonan Yayasan Basmi Kemiskinan untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara di Serendah, sehingga mengakibatkan projek itu terpaksa dipindahkan ke Melaka.

“Kerana politik (mereka) tak mahu kita dapat keuntungan, tak mahu kita disanjung masyarakat, mereka tak bagi kebenaran…tanah adalah kuasa (di bawah bidang kuasa) kerajaan negeri.

“Inilah keadaan sebenar, saya terangkan sebab jangan orang kata saya mungkir janji atau Felda tak tunai janji (dibuat semasa) pilihan raya kecil,” katanya.

Najib berkata terserah kepada masyarakat peneroka untuk berbuat sesuatu mengikut lunas undang-undang, dan yang paling penting, ialah memberi sokongan kepada Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum nanti.

Perdana Menteri berkata BN akan menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umpamanya jalan bertingkat Sungai Buaya bernilai RM84 juta yang dijanjikan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor lepas, kini dalam pelaksanaan.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh Felda berjumlah RM1.1 juta, iaitu RM200,000 bagi pembinaan taman permainan kanak-kanak dan senaman luar di Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan.

Sebanyak RM600,000 pula diperuntukkan oleh Felda bagi menaik taraf kawasan perniagaan di Felda Soeharto dan Gedangsa; RM150,000 bagi menaik taraf perparitan di Felda Gedangsa manakala RM150,000 lagi bagi membina pusat kegiatan belia juga di Felda Gedangsa. Selain itu, Najib berkata sejumlah RM3 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan masjid baru di Felda Sungai Tengi.

Mengenai permintaan masyarakat Hulu Selangor supaya jalan yang menghubungkan Tanjung Malim dan Rawang dinaik taraf, beliau berkata projek itu yang kosnya bernilai RM300 juta akan disemak dan dimasukkan dalam manifesto BN Selangor nanti.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. salam

    baru pak najib tahu tanpa kerjasama kerajaan negeri pr selangor projek itu tak boleh jalan.
    so lain kali kenalah bawa berunding dgn depa dulu kalau nak biat sesuatu, ni tidak main umum aje projek tu. kang bangang namanya tu.

    pemerhati politik

Post a Comment