Sebahagian mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang, Selangor mendapatkan air yang dibekalkan oleh Syabas, baru-baru ini. - Gambar hiasan |
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap apa
sahaja. Antaranya, pemerintahan pakatan pembangkang itu di Selangor lebih baik
40 tahun daripada pentadbiran BN. Negara berkebajikan yang ditadbir kerajaan
PKR Selangor kononnya tidak akan bankrap selagi ditadbir dengan baik, telus dan
adil.
Itu kata
Khalid Ibrahim bulan lepas. Kata beliau, ia berdasarkan penyata kewangan
Selangor pada 31 Disember 2011. Sedangkan hakikatnya tidaklah sedemikian -
indah khabar daripada rupa.
Cuba perhatikan dan rakyat Selangor boleh membuat penilaian
sendiri.
Tilik-tilikkanlah:
1. ISU RUMAH RAKYAT
Di dalam manifesto pilihan raya 2008, pakatan pembangkang telah
berjanji untuk membantu setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri.
(Rujuk Manifesto).
Memang benar kerajaan PKR Selangor melalui PKNS ada membina rumah
untuk rakyat. Namun pada hakikatnya rumah yang dibina itu tidak termampu untuk
setiap rakyat Selangor memilikinya. Antaranya, projek pembinaan apartment milik
PKNS di Seksyen 7 Shah Alam. Harga minimum setiap unit yang berkeluasan 1,100
kaki persegi itu bernilai RM300,000 ke atas.
Jadi, bagaimana caranya untuk rakyat menikmati janji yang pakatan
pembangkang canangkan sekiranya setiap rumah itu nilaiannya mencecah ratusan
ribu.
Dahulu kerajaan BN dituduh sebagai kejam kerana merobohkan
penempatan setinggan. Namun hakikatnya tidak begitu.Perobohan setiap kampung
setinggan itu sebenarnya telah digantikan dengan rumah yang mampu milik.
Keadaan ini sebenarnya telah memberikan peluang sama rata kepada setiap rakyat
Selangor untuk memiliki rumah kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan
mampu dimiliki oleh setiap rakyat yang berpendapatan sederhana.
2. ISU SAMPAH
Bukti jelas kerajaan PKR Selangor gagal mengurus negeri dengan
baik.
Mereka
menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan
kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor
menjadi negeri 'Darul Sampah'.
Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor
sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal. Kontraktor-kontraktor yang
baru dilantik oleh setiap PBT di seluruh Selangor nampaknya telah gagal
menjalankan tugas yang diamanahkan secara berkesan. Bertentangan dengan
pendapat kerajaan negeri, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB)
akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di seluruh
Selangor.
Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima
peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima
peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah itu cukup banyak dan
peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana
pilihan raya dan aktiviti mereka di Selangor sangat besar.
Kalau Alam Flora mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, mengapa
khidmat mereka perlu dihentikan. Apalah gunanya menyerahkan kuasa mengurus
kepada PBT, tetapi gagal menguruskan masalah sampah dengan sempurna.
3. MASALAH AIR DAN UiTM
Ini satu lagi masalah ciptaan pakatan pembangkang yang membelenggu
Selangor. Sedangkan kerajaan Pahang sudah bersetuju untuk menjual air kepada
Selangor memandangkan Selangor dijangka berdepan dengan krisis air menjelang
2014.
Kini terowong bagi menyalurkan air yang dibina dari Pahang sedang
giat dijalankan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah pembinaan loji air
berkenaan masih lagi terkandas kerana kerajaan Selangor enggan memberi
kerjasama iaitu berhubung penyediaan tapak.
Loji air berkenaan dicadang untuk dibina di Hulu Langat dengan kos
RM2 bilion yang ditanggung kerajaan pusat. Persoalannya mengapa kerajaan negeri
tidak mahu memberi tanah kerana mereka ingin menguasai pengurusan air di
Selangor. Inilah masalahnya.Sudah dua tahun projek ini tergendala.
PKR Selangor hanya memikir kepentingannya, tetapi mereka lupa
rakyat yang mengalami kerugian akibat kerenah mereka. Misalnya, kalau semua
masih ingat akan keengganan memberi tanah oleh Khalid jugalah mengakibatkan
cadangan pembinaan UiTM di Serendah terpaksa berpindah ke Melaka.
Cuba kita bayangkan projek yang bernilai ratusan juta yang mampu
memberi nikmat ekonomi kepada rakyat setempat sepatutnya menjadi milik Selangor
terpaksa diberikan kepada Melaka kerana politik sempit kerajaan PKR Selangor.
4. ISU EKONOMI
Sebenarnya kerajaan PKR Selangor beruntung kerana mereka mengambil
kerajaan yang mempunyai kewangan kukuh sewaktu pentadbiran BN. Sejak memenangi
Selangor pada 2008, pakatan pembangkang menjanjikan kononnya peningkatan
ekonomi lebih baik. Namun, hari ini kita boleh menilai sendiri apa yang
dijanjikan mereka itu.
Hari ini kerajaan negeri kononnya melaungkan pertumbuhan ekonomi
negeri Selangor adalah menggalakkan. Namun kerajaan ini jugalah yang melakukan
penindasan terhadap peniaga di Selangor.
Bukti yang cukup jelas ialah bagaimana rintihan peniaga bumiputera
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Selangor baru-baru ini
berhubung kenaikan 100 peratus kadar sewa di kompleks PKNS. Bayangkanlah apa
yang kerajaan 'berkebajikan' kononnya lakukan terhadap peniaga di Selangor.
Berapa banyak premis perniagaan baru kerajaan negeri bina kepada
rakyat Selangor seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.
Sebaliknya, premis perniagaan yang ada kini ingin dirobohkan pula kerajaan
negeri.
5. ISU PENDIDIKAN
Sejak kerajaan pakatan memenangi Selangor, bukan saja banyak
masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan termasuk institusi
pengajian tinggi. Cuba rakyat Selangor lihat bagaimana perletakkan jawatan Naib
Canselor UNISEL kerana campur tangan politik.
Hari ini UNISEL yang ditubuhkan semasa kerajaan negeri di bawah BN
kini menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah
pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Maklum balas diterima bahawa ibu
bapa kini berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke UNISEL
berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.
Justeru pentadbiran Khalid perlu memberi penjelasan berhubung
perkara ini seperti mana diperkatakan mereka baru-baru ini yang sedia
mendedahkan kewangan UNISEL.
Begitu juga dengan nasib anak-anak Selangor yang mendapat tajaan
Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di
Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Cuma apa yang menyedihkan kini adalah pihak
pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan
membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.
Begitu juga dengan aspek pengagihan bantuan kewangan kepada
sekolah di Selangor. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan
sebanyak RM6 juta, Sek. Ren. Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Keb. Tamil
hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.
Persoalannya, atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata
jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan. Ini bermakna terdapat
diskriminasi sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding
Sek. Jenis Keb. Cina 109 buah dan Sek. Ren. Agama 500 buah.
6. ISU PASIR
Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi
kerajaan PKR memerintah. Mengapa dikatakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah
antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk
menjana ekonomi daripada sumber lain.
Tidak perlulah mendabik dada di atas jumlah simpanan tetap
kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang
ada. Kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan
untuk rakyat Selangor? Apakah ia akan digunakan sebagai dana pilihan raya.
Untuk meredakan isu pasir ini mudah. Pertama, dua pemimpin PKR
yang dikaitkan seperti mana didedahkan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perlu
menyaman RPK sekiranya dakwaan itu tidak benar dan menubuhkan suruhanjaya
diraja bagi menyiasat penyelewengan berkenaan.
Jika sesuatu
isu membabitkan BN, pembangkang tahu pula begitu lantang mahu suruhanjaya
diraja ditubuhkan secepat mungkin. Namun, bila terkena batang hidung sendiri,
semuanya 'menikus' ketakutan. Dengan kata lain, kerajaan PKR Selangor seperti
tikus membaiki labu.
5:05 AM
1qPdu ghd australia
sZki michael kors handbags on sale
tBps ghd
2bWox cheap uggs
1gGlx cheapest ghd straighteners
9:06 PM
sRgl ghd hair straightener
qDhg ugg boots sale uk
wVjz michael kors bags
2fUou GHD Australia
8gYzm burberry outlet
3qPtf ugg australia
0pBep ghd nz
1uSbc discount louis vuitton
9kGnk Michael Kors
9qSdx ghd hair
8vCty ugg uk
8sKvu nfl football jerseys
0pAut michael kors purses
2yFbu ghd
8fPtb discount uggs
4:34 AM
gHau coach factory
iKsy oVvq michael kors handbags
3wLzb cheap uggs
6eDiz chi hair products
7yEof michael kors sale
3wIha nfl football jerseys
6tWgs coach outlet
7hAji 4mAky comprar ugg online
8aSci 5xYju michael kors
9rZqz nfl shop
1tMwq ghd españa
7sIrl ugg store