Benarkah Perjuangan Hassan Ali Hanya Retorik Semata-Mata?


Hari nie, aku baru tertengok satu video seorang YB DAP Selangor mempertikaikan perjuangan bekas rakan seperjuangannya dalam PR, sape lagi kalau bukan Datuk Dr Hassan Ali…. Kenapa masa Hassan Ali dalam PR, dia tak dihentam sebegini….. (itulah lakonan pemimpin PR sebenarnya)


Si Ng Suee Lim atau lebih layak digelar “Raja Lawak DUN Selangor” telah menyelar isu-isu yang dibangkitkan Hasan Mohamed Ali pada sessi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini. Beliau yang juga menggelar Bekas Exco Negeri Selangor itu sebagai 'Hasan Akidah'….


Aku nak tahu juga, benarkah dakwaan  ADUN DAP Celaka nie kononnya Hassan Ali besar-besarkan isu murtad nie kerana beliau hilang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor & EXCO Kerajaan Negeri Selangor?


Benarkah perjuangan Hassan Ali dalam isu Murtad hanya dasar hilang kuasa & pangkat?


Jika tidak, mengapa tidak dari awal lagi, Hassan Ali memperjuangkan isu murtad dan isu moral dalam kepimpinan negeri Selangor sejak beliau dalam kerajaan sendiri? Kenapa perlu jadi macam Anwar, bila dah berada di luar kerajaan, baru nak menyalak, baru nak mendedahkan kepincangan sedangkan segala kepincangan dan kemelut ini ditumbulkan Anwar ketika beliau dalam kerajaan sendiri.


Persoalannya, nak dengar suara Hassan Ali atau ADUN ‘Raja Lawak’ nie… pada aku, Raja Lawak nie sengaja mahu memutar-belit fakta untuk mengelirukan orang Islam atas apa perjuangan yang dibuat oleh Hassan Ali pada hari nie.


Oleh itu, berhati-hatilah dengan ‘sandiwara & permainan’ puak-puak pakatan yang mahu melaga-lagakan kita khususnya perjuangan menegakkan dan memperkasa Islam di Selangor.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment